ads nuffnang

Thursday, November 4, 2010

cerita Hari Ini

Hari ni aku terpaksa ambil cuti gara2 kene buat ujian MGTT sekali lagi. Sepatutnya aku kene buat masa kandungan ku berusia 28 weeks tp disebabkan dr. klinik kerajaan "overlook" akan rekod buku aku... nk x nk kene buat dlm minggu ni jugak bagi memastikan sama ada aku ada kencing manis @ tak... Ini disebabkan oleh Arwah mak aku dulu memang ada kencing manis so walaupun aku xder kencing manis tapi kene buat MGTT jugak..

nk tau kenapa aku kene buat hari ni? sebabnya klau klinik kerajaan utk buat MGTT adalah pada hari Jumaat. memandangkan Jumaat ni adalah Deepavali so xleh buat. nk buat minggu depan lak takut nnti x dpt result lagi aku dh beranak.. ini pulak aku dah masuk 38 weeks.. so dr. suruh aku g kt klinik swasta utk dapatkan result sebelum check up yg seterusnya pada hari Selasa depan...

Untuk pengetahuan bagi ibu2 yang bakal mengandung terutama yang ada masalah macam aku ni (maksudnya yang ada sejarah kencing manis walaupun kita x kene tp ahli keluarga yg kene) MGTT memang kene buat at least 2 kali. Biasanya ujian akan akan dilakukan pada awal mengandung & akan diulang ketika kandungan mencecah 28 weeks... so klau buat sekali jer rasanya x ok .

kenapa kita perlu buat MGTT??
supaya Dr. tahu samada kita mendapat kencing manis @ x dalam waktu kita mengandung.. sekiranya kita ada kencing manis sewaktu kita mengandung, kemungkinan besar kita akan "dipaksa" untuk bersalin secara "induce" mengikut tarikh jangkaan bersalin yang diberikan oleh Dr. sekiranya kita x bersalin lagi sehingga tarikh jangkaan bersalin. yg penting tarikh tersebut tak boleh lebih dari tarikh jangkaan bersalin kerana:
1. dr. bimbang baby akan lemas dalam perut.
2. air ketuban akan berkurangan.
3. baby boleh membesar dengan cepat.

manakala bagi yg tidak mengalami masalah ketika pregnant sekiranya tidak bersalin lagi pada tarikh yang dijangkakan, janganlah bimbang, biasanya Dr. akan beri tempoh selama 1 minggu @ 10 hari selepas tarikh jangkaan. insyaAllah... tapi klau 10 hari pun xde rasa nk bersalin, cepat2 g hospital utk dapatkan rawatan.

ini dari pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama, anak saya lahir semnggu lewat dari tarikh jangkaan...

ok ni ada sedkit info utk dikongsi berkenaan dengan MGTT

Ujian MGTT adalah utk mengesan Diabetes @ kencing manis bagi mereka yang berisiko mengalaminya. Ia memerlukan pengambilan darah sebanyak 2 kali dan mengambil masa sekitar 2 jam diantaranya. Satu sampel darah diambil setelah 8 jam berpuasa. kemudian, ibu diminta meminum air mengandungi 75 g glukosa & diminta menunggu selama 2 jam lagi sebelum satu lagi sampel darah diambil. (biasanya dr. akan suruh ibu berpuasa bermula pada jam 10 mlm dan sampel darah akan diambil keesokan harinya pada jam 8 @ 9 pagi)

jika didapati tidak normal, iaitu pada paras diabetik, ibu hamil ini akan diminta menjalani satu siri ujian darah profil glukosa darah bagi 4 waktu dalam sehari sebelum ditentukan sama ada perlu mengambil rawatan suntikan insulin atau hanya memadai dengan modifikasi pemakanan sahaja.
Related Posts with Thumbnails