ads nuffnang

Thursday, March 25, 2010

Awas Penggemar KOPITIAM

Cerita ni aku ambil dari email yang aku terima pada hari ni... amat terkejut bila baca tajuknya....

HIDANGAN KAKI KATAK DALAM MI DI SEBUAH KOPITIAM TERKENAL

Subhanallah.... korang ada baca berita utusan hari sabtu yang lepas tak??? klau x sempat baca..... ni ha aku copy semula....


Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.
Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
"Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
"Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
"Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan," katanya di sini hari ini.
Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.
Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
"Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ni aku pernah juga makan di kedai kopitiam tapi selepas aku dapat email berkenaan status halal kopitiam tersebut terus rasa tak selamat untuk pergi ke sana...

Ditambah pula dengan berita ini... mmg sah "diorang" ada menyediakan makanan yang tak halal dalam premisnya....

dan yang lebih menyedihkan kebanyakan restoran kopitiam ini di langgani oleh orang melayu kita yang beragama Islam.... Diharap ada pihak yang mengambil tindakan yang serius berhubung perkara ini... dan kepada kengkawan yang suka makan di kopitiam ni... cubalah elakkan....
masih banyak lagi restoran melayu yang boleh kita pergi...

renung- renungkanlah.....

Wednesday, March 24, 2010

kuat makan

hooolaaaaa..... dh lama menyepikan diri sebab keje banyak daaa... walau pun dah abis exam aku still ada 1 final projek yg perlu diselesaikan sebelum bulan Jun... so.. sekrg tgh duk sibuk mencari maklumat yang diperlukan.....

ok... yang seterusnya.... aku just nk share dengan korang sumer... semenjak kebelakangan ni kan... selera makan aku makin bertambah... susah betul nk kawal... sebagai cth utk hari ni... pagi bekfes dgn nasi lemak, tgh hari aku makan nasi campur, rehat ptg td lak aku dah menghabiskan semangkuk mee sup + pisang grg... ish apa nk jadi ni...lagi satu aku rasa cam mengidam pun ada... nk makan itu la ini la.... persoalannya... adakah aku pregnant???????? atau mmg selera makan aku yg tidak dapat di kawal....

apa apa pun tunggu hujung bulan ni utk tahu keputusannya... ok...

Monday, March 1, 2010

fuhhhhh..... lega



fuhh... lega rasanya....sebab semalam adalah hari terakhir aku menduduki exam.... tapi yang x bestnyer... soalan memang mencabar giler.... subject corporat management...bak kata coordinator aku saper yang dapat A boleh jadi pengurus besar.... sekejap jer masa berlalu dh nk abis study aku tinggal project paper jek lagi.... walau apapun rasa lega sangat sebab dah xyah nk pk utk study lagi... rasa cam beban kat kepala ni dah lenyap....InsyaAllah konvo bulan 10 ni klau xder aral melintang... semoga Allah merahmati niat ku... Amin....

petangnya hubby aku ajak g sunway piramid coz sian kat anak teruna aku tu dah janji dengan dia nk bawa g jenjalan... (sbb cuti 3 hari x g memana memandangkan aku nk study) sebelum g piramid kitaorg g kat taman riadah dekat dengan kelana jaya yang depan giant tu sebab nk bagi Azfar main puas2 kat situ... pastu baru kami g Sunway Piramid tapi kat sana pun Azfar dah "pau" papa dia nk naik buaianla, kuda la... aeroplane... ---- layan jerk.... sorry xder gambo sebab lupa bawa kamera...

pastu kitaorg dinner kat Pizza Hut... bila g Pizza Hut ni teringat lak zaman aku keje dulu... syok oooo.... tapi yang buat aku happy sebab Azfar makan sangat banyak... mula2 makan mushroom soup abis 1 mangkuk, pastu makan spagheti chicken carbonara, pastu makan pizza cheezy lak.... may be sebab masa ngandung dulu aku keje kat piza so azfar pun dah terikut sama nk makan pasta @ pizza jer... apa2 jer la jajnji dia suka makan...

Related Posts with Thumbnails