ads nuffnang

Thursday, December 3, 2009

Mana yang terbaik????


untuk pengetahuan korang aku sekarang sedang berusaha utk dapatkan 2nd baby... so sebagai langkah permulaan aku telah mendapatkan saranan dari dr peribadi ku memandangkan aku bermasalah utk pregnant disebabkan ketidakstabilan hormon aku tu....
akupun mengambil ubat untuk menambahkan penghasilan hormon iaitu progyluton. Dr sarankan aku supaya aku makan 3 bulan berturut-turut. dan aku baru sahaja mencuba selama sebulan. dipendekkan cerita ada kawan kat opis aku mencadangkan produk dari DCL, ada 2 produk yang dikenalkan kepada aku.... dan ianya telah terbukti berkesan kepada yang telah mencuba...
so masalahnya sekarang aku confuse sama ada nk teruskan ubat dari Dr atau cuba ubat yg kawan opis aku suh cuba tu???? sebab aku xleh makan ke2-2 nya dalam masa yang sama....
ish... penin... penin....
kawan2 leh tlg tak???? korang ada idea x yg mana 1 yg terbaik???
bagi aku 2-2 nya baik cuma dari segi kesan nya kita x tahu macam mana...

Wednesday, November 25, 2009

shopping at One utama J Card Day

semalam kan aku kan .... dah "TERBELI" barang 2 yang tak sepatutnya aku beli... ni sumer gara2 J CARD DAY kat Jusco One Utama..... actually mulanya aku cuma nk cari wallet utk bapa mertua ku dan baju utk adik iparku... alih2.. benda lain lak yang dapat... citernyer begini... sampai jek kat jusco tu akupun terus pergi ke tempat yang aku target utk beli wallet.... hubby lak terpaksa layan Azfar .. so apalagi kat tempat mainan ler dua beranak tu... pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati harganya pun berpatutan sebab dapat less 70%. ... cari hubby aku kat bahagian mainan...azfar mintak beli lori yang harganya hampir RM100... pujuk punya pujuk nasib baik leh tukar yg murah harganya dalam RM20.00 itupun setelah puas dikaunselingkan....
after that aku nk cari lak baju utk adek iparku...dan hubby & azfar still kt tpt mainan lagi.... dah dpt apa yg aku cari.... aku call hubby aku utk bayar...
alih2 dia dah kt tpt lain... kat bahagian perfume la plak... tgk punya tgk... belek punya belek... ha... hambek ko... 2-2 ambik perfume jenama yang sama.... ini memang lari dari tajuk ni...
so inilah perfume yang aku beli semalam.... yang takder dalam senarai aku & hubby aku...
perfume jenama AIGNER. Aku beli pefume ni dapat lagi 1 perfume kat bawah ni

memang berbaloi -baloi dengan harganya dan aku dapat lagi 1 miniature....

yang ni plak utk hubby aku dan ada lagilah yang sampingannya kalau x silap aku shower gel & miniature.



kesimpulannya... inilah org pompuan klau dah membeli... hai... pantang nmpak.. mesti sambar punya..... ish... x ble... x ble...


pastu kan.... ni aku nk citer lak pasal Azfar...

kuar dari Jusco tu ada lak booth untuk Dutch LAdy 123... dan Azfar teruja nk main kat dalam tu... ingatkan boleh masuk camtu jek tapi kene beli barang Dutch Lady dulu sekurang2nya Rm 20 baru leh main... seb baik tak mahal sangat.. kebetulan lak susu tu memang Azfar minum... so belila.. sebab Azfar dah meronta-ronta nk masuk main...

utk masuk dalam tpt mainan tu cuma anak dengan seorang penjaga jer yang boleh masuk... so aku la yang menemani dia... bila org tanya nama saper azfar jawab slow jer yang kuat bunyi tang belakang jer azfar AMIJAN ... pastu xtvt yg pertama azfar kene cari bentuk yg sama dengan gambar yg ditunjuk & lekatkan gambar tersebut... seronok tgk dia wat... teruja tgk dia wat sumernyer dgn betul... i really appreciate u my dear... pastu lak kenal alat muzik macam tamborin... yg kelakarnya kakak tu suruh ketuk sekali tapi dia ketuk berkali2.... puas mummy ajar...pastu lak acara menaikkan bendera... tersengih jer dia... pastu lak kene siapkan puzzle... Alhamdulillah Azfar Leh buat ... apa2pun dia memang happy masa tu....

so itu ajer yg nk dikongsikan utk hari ni...

so saper yang ada masa boleh pergi lagi hari ni utk J CARD DAY & DUTCH LADY 123....




















Tuesday, November 24, 2009

microwave oven

hari ni aku nk citer pasal microwave oven. aku pasti boleh dikatakan setiap rumah yang berkeluarga mempunyai microwave oven ni. bukan setakat di rumah malahan juga di restoran -restoran, fast food, hotel dan sebagainya rata- rata mempunyai microwave oven untuk memudahkan menyediakan hidangan.


tapi tahukah anda semua bahawa microwave ini walaupun mempunyai kebaikan iaitu boleh memasak dengan cepat tapi sebenarnya ada keburukan kepada kita semua tanpa kita sedari.


dari segi masa ianya amat menjimatkan kita apatah lagi kalau di bulan puasa. microwave lah menjadi penyelamat kita sebab hanya 2 minit sahaja lauk yang kita panaskan sudah sedia untuk dihidangkan. tetapi sebenarnya cara memasak menggunakan microwave adalah bertentangan dengan cara kita memasak menggunakan dapur gas. sebagai contoh kalau kita memasak menggunakan dapur ianya akan panas di bahagian luar dahulu dan kemudiannya bahagian dalam tetapi sebaliknya yang berlaku dengan microwave dimana cara memasak adalah di bahagian dalam dahulu baru di bahagian luar. contoh yang mudah cuba kita letak sebiji kentang ke dalam microwave dan masak selama 2 jam. Apa yang akan anda dapati pada kentang tersebut? kentang tersebut kelihatan cantik di bahagian luar tetapi di dalamnya hangus berwarna kehitaman. ini bermaksud bahwa terdapat tindakan di dalam kentang tersebut dan ianya telah mengubah tekstur serta kandungan yang terdapat di dalam kentang tersebut. Oleh yang demikian pemakanan daripada microwave sebenarnya lebih kepada keburukan daripada kebaikan di mana dari segi kandungan vitamin dan mineral juga berkurangan.


untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lawati lawan web ini bahaya microwave untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan microwave.


dan ini merupakan kesan yang akan kita hadapi sekiranya mengambil makanan secara berterusan dengan microwave.



1.makan secara berterusan drpd microwave oven merosakkan otak (jangkamasa lama)

2.metabolisme badan tidak boleh mengenalpasti produk.

3.Penghasilan hormon lelaki & wanita berhenti.

4.mineral, vitamin & nutrien berkurangan

5.mineral dlm sayuran bertukar kpd kanser radikal bebas apbl masak dgn microwave.

6.pertumbuhan kanser usus (tumor), kanser kulit.

7.Hilang ingatan, tumpuan, ketidakstabilan emosi & penurunan kadar pintar.


kesan ini aku ambil dari laman web tersebut.


so... fikir-fikirkan lah akan kesihatan anda semua.

dan sayangi keluarga anda.

Tuesday, November 17, 2009

cream of chicken & mush room soup


mood tgh rajin.. nk update.. last week aku wat chicken & mushroom sup ni... so aku bawak kt tpt keje... ramai lak yang mintak resepi nk wat camner... so aku share la dgn korang kat cni... aku wat pun coz azfar suka makan sup ni... actually senang jek nk wat... so bahan2nya dalah seperti di bawah.....
1 keping dada ayam
1 biji bawang besar (dihiris @ mayang)
3 biji bawang putih(dihiris @ mayang)
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
250 gram mentega
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
sedikit lada sulah
Cara-cara
1. potong ayam kecil2.
2. panaskan periuk dan cairkan mentega.
3. tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
4. MAsukkan ayam yg dipotong kecil, gaul sebati. biarkan seketika@ ayam masak.
5. MAsukkan air dan tepung gandum. gunakan api yang kecil &sila kacau selalu supaya ianya tidak berketul.
6. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. . tambah perisa, garam dan ajinomoto & lada sulah serta kacau hingga pekat.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
selamat mencuba

mini i phone


baru2 ni aku ada beli mini i- phone jenama apple... baru pakai seminggu dah rosak.. skrin xleh nk touch langsung.... hangin jek... pastu hantar repair katanya seminggu baru siap.... so aku pun pegi la nk ambik phone tu semalam.... tapi bila aku check cam xde apa2 pun yg diorg wat dgn phone tu... tokey kedai tu suh aku regangkan skrin dia klau xleh nk on phone... persoalannya.. xkan setiap kali aku nk guna nk kena regang dulu phone tu? eeee... geram sungguh aku... sungguh aku x puas hati... hari ni aku akan pegi lagi sekali... klau dia xleh wat jugak.. aku nk balik duit aku.. dah x kose nk pakai phone tu.. dah xder mood...
tension... tension...

Monday, October 19, 2009

happy birthday Azfar 3 yrs

just nk update..
semalam aku wat open house & b'day azfar sekali... sekejap jer masa berlalu... azfar dah masuk 3 thn... bila lak nk dapat adek ni???? soalan yang besa @ terpaksa aku hadapi... apa nk buat xder rezeki lagi...itu jer yg aku leh jawab...
by the way ntri kali ni xder pices coz kt opis... nnti kita hpdet gambo azfar potong kek.. sabo yer....

Thursday, October 15, 2009

pergi kursus trainer

Hari Isnin dan Selasa bersamaan 12 & 13 oktober 2009 aku menghadiri kursus bertajuk " train the trainer" di Hotel CArlton Holiday, Shah Alam. Kursus ni memang wajib kepada semua trainer di tempat aku bekerja termasuk lah dengan aku sekali... kursus ni memang padat dengan xtvt dan rasanya macam tak cukup jek.... cam sekejap sangat.. x terasa 2 hari tu....
apa-apapun... layan gambo yek....



ok ni sumer tgh khusyuk mendengar ceramah & tips2 yang berguna utk menjadi seorang trainer yang profesional dari trainer jemputan.

ni plak... rasanya kesejukan.. tu sebab duk panaskan tangan tu....


xtvt utk hilangkan mengantuk.. kitaorg kena buat 2 baris.. pastu mengadap kawan ... pastu lak tangan disilangkan di antara satu sama lain... pastu kene buat 1 bulatan besar tanpa membuka ikatan tangan tadi.... kitaorg berjaya buat xtvt tersebut....




dan akhir sekali penyerahan sijil penyertaan... Anyway memang best kursus ni.. cuma rasa cam pendek jek... harap2 kalu buat lagi buat la 3 hari... baru best...




Monday, October 5, 2009

hari yang ceria

semalam kelas aku dah start semula.. pagi tu sedikit berdebar-debar sebab nk dapat 2 result exam sekaligus... Alhamdulillah aku dapat keputusan yang baik dalam exam.... Syukur Alhamdulillah... walaupun aku x sangka aku leh dapat markah yang sebegitu tinggi... sebab lecturer tu mcm kedekut cket dgn markah... amin...

hari raya di Pekan

thn ni merupakan turn aku utk balik beraya di pekan... setelah membantu keluarga mertua aku menyiapkan persiapan utk hari raya, kami pun bergerak ke Pekan dalam kul 3.00 petang.. disebabkan mlmnya hubby aku yg drive sorang... so balik ke pekan aku lak yg drive... sampai jek dekat hentian gambang ada sebijik kete proton saga kuar dari hentian... yang aku hangin sangat driver lelaki tu boleh lak tayang burger sambil makan dan drive siap pelawa aku makan sekali... punya la tak malu ... kebetulan masa tu hubby aku tdo... so dia x nmpak.. dia ingat aku sorg jek kut... sungguh kurang sopan... makan di khalayak ramai... kut yer pun tak pose sorok2 la sket.. ini tak macam bangga lak sebab x pose... klau aku jadi co pilot confirm aku amik gambo mamat yg x tau malu tu... oleh kerana xmo layan dia aku wat dek jek dan pecut tinggalkan dia...



masa ni kami on the way balik umah selepas beraya.. azfar dah ngantok tapi bila aku suh baring dia xmo... nk jugak duk kt tgh2 ... yg kelakarnya bila tgk dia tersengguk sengguk , kejap kekiri.. kejap ke kanan. aku & hubby mmg gelak sakan masa tu...

inilah gambo baju raya kami... thn ni temanya kaler biru.... aku lupa bwk balik songkok azfar... mudah benar lupa aku ni baru ada anak sorang tu... masa ni bukan main susah lagi nk ajak azfar ambik gambo.. asik nk lari jek..


ni plak wife sepupu aku baru jek abis pantang .... azfar sangat teruja tgk baby NurAisyah....



tgk la dia sangat rajin tlg henjut buai baby.. bila aku tanya azfar nkbaby x? dia jawab nk... klau aku ambik baby Aisyah ni dia langsung x jealous suh aku bawak balik baby ni adala...
p/s: itu aje utk kali ni.. sorry ye acha lambat hapdet blog...




Sunday, October 4, 2009

cucu tok yang terajin

salam to everybody... saya nk mintak maap sangat2 coz lambat bebenor hapdet blog ni... bukannya x nk hapdet tp asik busy jek... ni pun dh tgh malam baru leh layan tenet ni.... dipendekkan citer layan ler gambo anak teruna saya ni tgh tlg tok dia potong daging utk dibuat rendang... amacam??? rajin x anak teruna saya ni????
tgkla gambo azfar di atas rajinkan tlg tok dia potong daging. siap ada pisau lagi untuk potong daging tu...ni xtvt dia di pagi hari sehari sebelum raya

siap tunjuk daging lagi.... orang nk potong daging, diapun sama naik nk potong jugak.. x beri melalak... harap2 dah beso nnti leh ler masak sendiri dan berdikari...

gambo ni plak masa nak balik kg hari jumaat malam sabtu... memandangkan aku baru bekerja di tempat baru so hari Jumaat masih bekerja... lps balik keje trus packing barang dan kemas umah sebelum balik ke kg... kemas punya kemas kul 12.00 tgh malam baru gerak... ingatkan xder la jem sangat... tapi... hambek ko... belum sampai tol gombak dah start jem dari batu caves lagi... gambo yg diambil ni selepas tol gombak... kete banyak giler...asik masuk gear1 & 2 jek... last2 kitaorg berenti kat simpang nk g janda baik... kononnya nk tdo sekejap jek tp leh terlajak sampai 3.30 pagi...
pastu kitaorg sambung perjalanan... cadangnya nk bersahur di Petronas tp disebabkan terlalu ramai kami tukar plan bersahur di temerloh... seb baik masa tu jalan dah ok cket..
sampai di temerloh dah kul 5.00 pagi... lepas membuang apa yg patut... kami mencari gerai yg menjual nasi... malangnya nk beli kene beratur panjang coz 3 buah kedai jek yg buka masa tu... beratur punya beratur... dah kat nk imsak.. last2 x makan pun cuma minum air jek... tp masa imsak dah nk abis still ada org yg queue lagi utk membeli... aku & hubby tertanya2 boleh ker makan lagi sedangkan masa tu imsak dah abis... korang rasa camner??
after that kitaorg meneruskan perjalanan... dan Alhamdulillah kami selamat sampai di Jengka pada jam 6.45 pagi.... sampi jek trus solat dan pastu menidurkan diri...


antara gambo yg sempat di ambil.. sorry blur cket coz bateri nk abis daa...
P/s: moral of the story better balik b4 sahur lagi ok berbanding tgh malam









Friday, September 18, 2009

salam lebaran

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya AidilFitri
&
Maaf Zahir Batin

Halalkan segala yang termakan, terminum, terumpat, terambil dan yang sewaktu dengannya...

Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju...

Hati-hati ketika memandu

Ingatlah orang yang tersayang....

Dan Ceria di hari raya....

ikhlas dari:

Liya, Ezad & Azfar


Wednesday, September 2, 2009

ntah apa apa

dah lama rasanya aku x update blog... sepi tanpa berita.. maafla yek.. aku ni semenjak kebelakangan ni busy memanjang... yelakn nk sesuaikan diri dengan tempat baru... take time cket la....
ok ni aku nk citer lak apa yang terjadi sepanjang ketidaksempatan aku utk update blog ni..
21.08.09
tarikh ni merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang keempat... disebabkan aku terlalu busy jadi kami menyambut secara kecil-kecilan sahaja. kamii ambik keputusan utk dinner di big plate ajer lorrr... dekat dgn umah... lagi satu esoknya dah nk pose... so nk prepare utk sahur lak... dipendekkan citer... pejam celik pejam celik dah 4 thn usia perkahwinan kami... dalam 4 thn ni jugak banyak mengajar aku erti kesabaran terutama melayan kerenah anak yang semakin membesar... begitu juga dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri... rasanya belum cukup ilmu di dada untuk bergelar isteri mithali... banyak lagi yang aku perlu pelajari dan perbaiki demi keluarga tersayang... walau apapun aku bersyukur ke Hadrat Illahi atas nikmat yang diberikan Olehnya... dan aku berharap semoga perkahwinan aku ini akan kekal hingga ke akhir hayat.... amin....
for my lovely hubby....
i love u so much and hope our marriage will last forever and ever
for my lovely son, Azfar Hamizan
mummy love u so much and hope u will be a good son for 2day, 2morrow & 4 eva
26.08.09
aku demam selsema & batuk... oleh kerana risau dengan pandemik H1N1, malamnya aku g klinik & doktor bagi MC 2 hari... so aku dapat cuti 5 hari trmasuk hari Merdeka.
28.08.09
aku balik kg di Pekan & Jengka... Alhamdulillah perjalanan lancar dari umah aku ke kg. kami tiba di umah kakak aku pada jam 11.40 malam. chit chat kejap pastu tdo.
29.08.08
paginya kakak aku ajak pergi pasar borong kat pekan. tapi sayang lupa nk bwak kamera so xder gambo la yek... hehehe.... kitaorg planning nk berbuka dengan sup tulang, ikan baung masak asam pedas, mi sup tulang dan laksa kuah putih (faveret aku ni)... pastu tgh hari hubby aku ajak g kuantan lak coz nk potong rambut.... bukan setakat dia jek yang potong rambut azfar pun nk potong jugak... 1st time azfar potong rambut kat kedai... seb baik dia duk diam masa orang potong rambut dia cuma bila time nk blow rambut dia agak takut dengan bunyi blower tu... kelakar tgk dia masa tu... dan yang lagi best tokey kedai siap bagi sebiji keta mainan utk dia... ish wat malu papa & mummy jek... bukannya apa... dia duk aim kete tu since kitaorg sampai... bila dh nk balik... dia nk kete sport tu... puas pujuk belikan yg lain... alih2 yg dalam lemari tu jugak yg dia berkenan... seb baik tokey kedai tu baik ati nk bagi... tq yer tokey nnti kami datang lagi...
lepas gunting rambut aku g bli m'cd coz kakak aku pesan.. pastu aku singgah jap kat tpt keje lama aku di Pizza Hut mega Mall sambil aku order take away aku jumpa staff lama yg still kenal aku... borak2 kosong jek... dah ramai yg aku kenal dah berenti cuma tinggal 2-3 kerat jek yg setia lagi keje kat pizza nih...
after that trus balik utk berbuka....
sampai jek kat umah aku dapat 1 berita sedih... kakak ipar kakak aku meninggal dunia pada jam 4 ptg tadi... Al- Fatihah Untuk Allahyarhamah Mak Engku Sharifah Khadijah BT Tuan Nong... Actually Arwah Mak Engku dulu rapat dengan Arwah Mak Aku sebab sama2 berniaga kedai makan... kakak aku juga bertemu jodoh dgn adik dia di kedai makan jugak... pastu Arwah Mak engku ni pandai mengurut utk kanak2 @ baby yang kene angin mempasang @ hernia. masa azfar dalam hari dulu aku berjumpa dgn dia utk berubat dan Alhamdulillah baik...
disebalik berita sedih aku juga dapat berita gembira sebab kakak aku d Kelantan akan balik kerana kakak ipar dia meninggal... dapat lah aku berjumpa dengan kakak aku yg no 2 ni walaupun x lama....
31.08.09
kami balik ke Kl jam 12 tgh hari utk mengelakkan jem... Alhamdulillah perjalanan lancar cuma sdikit jem di tol karak....
okla kut kat cni dulu...
sorry entry kali ni xder gambar...
akhir kata selamt berpuasa untuk semua...semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti pada kita semua...

Thursday, August 20, 2009

x chat lagi

adei la... hari ni aku mc lagi...aku ingat leh tahan tapi akhirnya xleh thn jugak... aku g keje cam besa... pagi2 dah buang sekali ... lepas bfast aku masuk line coz aku still dalam training... kene tahu procedure nk wat produk camner... baru masuk dalm setengah jam perut dah memulas balik... terpaksa kuar.. toilet lak jauh cket... tambah lak kt line kene pakai baju khas... pas tu tiap kali nk g toilet kene bukak.. seb baik sempat sampai ke toilet.. klau x tak tau la camner... mau terabur jawabnya... aku nk blaja pun x senang... seingat aku lebih dari 5 kali aku g toilet... rasa cam nk duk kat toilet jek... tp kang ada org cr aku lak.. last2 aku bgtau kat line leader aku nk g in house klinik. hampir 45 minit menunggu coz dr busy dgn wat medical check up utk new intake.. seb baik ada yg prihatin bagi duduk... lepas dr check, dr bg aku mc coz aku x larat sangat.. dah lembik... semacam jek...
hai ingatkan nk rekod bersih tp awal2 dh mc... klau bole aku x nk mc... tapi... keadaaan memaksa... harap2 aku x kene apa2...

sekian utk hari ni... nnti ada masa update lagi...

p/s: buat masa ni aku mmg sibuk cket jarang ada kat opis... nnti klau dah ok aku akan update blog

Wednesday, August 5, 2009

kerja tpt baru

tadaaaa.... aku pernah janjikan nk bagitau kat mana tpt kerja baru aku...so... inilah company baru tempat aku berkhidmat .... Shin etsu Malaysia.... actually kerja yang aku lakukan ini lebih kepada apa yang aku blaja di UPM dulu...

hari ni merupakan hari ke-2 aku berkhidmat di tempat kerja baru.... Alhamdulillah aku dapat mengikuti training dengan jayanya berbanding semalam aku lebih banyak mengantuk.. maybe sebab aku penat dan kurang rehat... yelakan mana x penat hari ahad tu aku ada exam.. pas exam balik umah dan tlg mak masak utk lunch.. pastu hantar mertua balik sampai tol gombak... pastu lak beras @ biras aku nk g shopping kat IKEA... pas g shopping balik umah dan kuar balik hantar abg iparku sampai tol Shah Alam dan after that hantar lak adik iparku ke terminal di seksyen 17 S. Alam nk balik ke UUM.... aku sampai umah dalam kul 11.45 pm... sampai jek terus gosok baju dan tdo... fuh.. mmg penat...
mengantuk sudah... nk tdo... esok sambung lagi... citer pasal azfar lak...bye

Tuesday, August 4, 2009

kenangan terakhir di Impianas

ini adalah sebahagian dari warga kerja di Impianas... walaupun tk semua ada... gambar ini diambil pada hari terakhir aku keje di sana iaitu pada jumaat bersamaan 31 julai 2009...

**** gambar tengah bersama dengan bos (GM)***
***bwh kiri bersama dengan account staff***
buat kalian semua.. liya nak ucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar, kerjasama yang korang bagi, suka duka, pahit maung yang kita lalui bersama akan liya kenang hingga ke akhir hayat... halalkan apa yang termakan @ terminum.... sayang korang sumer... jumpa lagi.... InsyaAllah...

Saturday, August 1, 2009

aku keseorangan


petang ini dan malam ini aku keseorangan... tetiba terasa cam pelik lak tinggal sensorang... seb baik ada line internet sekurang-kurangnya aku tidak boring.... 1st time aku duk kat umah sensorang nih... mesti korang pelik kan... mana perginya hubby & azfar...

begini kisahnya.... hubby aku & azfar akan bermalam di umah bapa saudara hubby kat Besaout (btul ker aku eja ni)... bersama ahli keluarga yang lain antaranya keluarga mertua aku ( mak & bapak, abang ipar sekeluarga & adik iparku), pakcik sekeluarga dan paksu sekeluarga....actually plan nk g umah pak teh hubby aku sebulan yg lepas... tup- tup tiba masanya aku lak yg xleh g... uwaaaaa..... nk nangis rasanya kene tinggal.... :-(... x pernah semenjak kawin ni aku ditinggalkan... rasa janggal lak... sedey tau... tapi nk wat camner... esok aku ada exam... xleh skip.. klau klas jek... maybe ble tuang... ni exam... nk x nk... kene tinggal.....sob... sob... sob... rasa sunyi bila duk sensorang... xder dengar azfar nangis, gelak, nk susu... ajak mummy main.....gaduh dengan azfar..... mmg sunyi... xper... xper... pengorbanan ini utk kebaikan bersama....

diorang g sana coz nk melawat pak teh yang kurang sihat dan baru menjalani pembedahan di kaki kirinya.... sebelum ni aku dah pergi tgk pak teh.... so.. aku rasa x ralat sangat klau x pergi... tapi kali ni mmg happenning sebab makcik dan mak su pun ada... tu yang best tu... confirm riuh umah pak teh dengan gelak ketawa...diorg pun cakap xder aku x cukup ahli... yelakan dah lama tak jumpa especially mak su...

oklah itu aje utk hari ni.... dh nk study lak ni... semoga aku leh jawab exam dengan tenang & dapat gud result... amin





Thursday, July 30, 2009

Hari Terakhir Di Impianas

gambo semasa buat tender

Hari berganti hari, minggu berganti minggu.... sedar x sedar
esok merupakan hari terakhir aku berkhidmat di ImpiANas... rasanya macam baru jek aku keje kat cni... tapi setelah dihitung ditambah, didarab sudah 2 thn aku bekerja di cni.... banyak pengalaman pahit manis yang aku tempuhi.... terasa sebak nk meninggalkan kenkawan yang amat "friendly"...

menyingkap kembali ketika mula2 aku join company ni... orang pertama yang membawa aku masuk ke ofis adalah Hana... da byk dan bermula saat itu hana yang memberi tunjuk ajar apa yang perlu aku lakukan... pada mulanya aku seorang yang pemalu apatah lagi kat opis ni ramai lelaki. kakitangan perempuan cuma kami bertiga aku, hana dan fatin....

aku rapat dengan hana sebab status yg sama... kebetulan anak dia pun lahir di bulan yang sama dengan azfar cuma beza 2 minggu jek... so... apa2 yang berkaitan dgn anak banyak dikongsi bersama...

aku juga rapat dengan fatin dan banyak perkara yang aku pelajari dari dia especially bab kesihatan dan tak kurang juga pasal ofis...


kawan lelaki kat ofis yang aku rapat adalah rozi & Zeck... apa2 hal aku akan refer dgn diorang... aku pasti akan merindui mereka dengan lawak jenaka... yang membuat aku tak kering gusi....

aku juga tak lupa pada technician yang lain serta manager2 yang baik hati... terima kasih atas tunjuk ajar kalian sumer...

dari seorang staff biasa yang bertaraf kontrak sehinggalah aku dinaikkan pangkat sebagai executive dan bertaraf tetap... apapun aku cukup selesa bekerja di sini...tapi apakan daya setiap orang ada masalah tersendiri dan ingin memperbaiki taraf hidup... so aku terpaksa keluar dari "zon selesa" ini... dengan mencuba sesuatu yang agak berlainan dari apa yang aku lakukan sekarang... Semoga Allah memudahkan aku dalam segala hal.. Amin

ini adalah antara rakan ofis aku yang banyak membantu... kenangn bersama takkan dilupakan

Friday, July 24, 2009

ICE AGE 3

Oleh kerana aku dah ok dan rajin serta tak malas lagi... maka aku akan menceritakan pengalaman Azfar menonton movie citer Ice Age 3 di Sunway Piramid pada rabu yang lepas... aku memang berhajat nak bawa dia tgk movie ni tapi xmo g masa awal citer ni kuar coz malas nk berebut-rebut beli tiket... tp masa kami beli tiket tu kira awal dalam kul 7 lebih.. citernyer start kul 9.10 pm... kebanyakan seat dah ditempah... kitaorg ambil seat ditengah2.. mmg betul2 depan skrin... dh la tengah tinggal 3 @ 4 baris dari depan... punya ramai org tgk... ingatkan weekdays kurang cket orangnya... ble dikatakan full house jugak....
after bli tiket kami cari tempat utk mkn... pk punya pk.. makan kat m'cd jekla coz kat situ ada playground.. leh bagi Azfar main.... klau x dia xmo duk diam... seperti biasa aku akan ambil order & papa akan observe Azfar...
nak dijadikan citer sewaktu aku sampai kat kaunter mc'd tu ada 1 pasangan suami isteri baru lepas order... tp ordernya x siap coz kene wat dulu... waktu tu cuma 2 kaunter jek yang dibuka... kat depan aku ada lagi 2 org yang menunggu untuk ambil order... pastu dalam 5 minit order couple tadi pun siap... tapi malangnya silap ambil order.. lain yang diminta lain lak yg diberi... cashier tu lak dah tarik muka masam... sebab kena tegur dgn wife couple tu... pastu ada lagi order yang belum sampai.. lagi la hangin wife couple tu... yelakan suppose inform la kat dia kejap lagi hantar ke apa ker... mmg bengang minah tu.. sian dia dahla ngandung... faham ajelakan... orang ngandung ni camner... sensitif cket...
tapi klau jadi kat akupun nk marah gak.... sebab cashier tu wat keje sambil lewa... leh gelak2 lagi dgn yang lain... manager kat belakang lak pun duk gelak2 sama... sepatutnya dia yang kene handle klau customer complaint... tapi wat x tau jek... ish memang truk btul... at least minta maaf dgn couple tu sebab salah.. ini tidak lagi nk marah ada... aku tgk pun naik hangin... masa ambil order akupun muka dia cam apa... nk jer aku sound.. nk keje ker x nk keje.. lebih baik ko duk bhgn dapur lagi bagus la... dr tgk muka ko camtu... sememangnya aku x puas hati dengan cara layanan cashier tu... kasar... burger yg dia bagi pun dah sejuk siap... aku ingat yg aku jek tanya hubby aku.. sama gak... ish... pendek kata mmg teruk la.. x selera nk makan...
lepas makan kitaorg tgk jap budak2 main ice rink... tetiba ada sorang mamat tu terlanggar kawan dia sendiri dan jatuh.... agak kuat bunyinya... last2 xleh bangun dan badan dia start menggeletar... bila kawan dia angkat kepala darah banyak mengalir... masa tu dia still sedar lagi cuma xleh cakap.. pastu pihak sunway angkat mamat tu beri rawatan kecemasan... x tau mcm mana keadaan dia.. maybe admitted kot.. kitaorg trus jek gerak...

tiba2 azfar nampak tempat mainan utk kanak2.. apalagi.... kene pergila.. layankan ajer... tgkla aksi dia di bawah... kalu boleh semua game dia nk main... kopak duit hubby aku layankan anak bertuah dia ni.... x beri melalak... kalu slow xper tp high volume..adeh...
*gambar ihsan pakcik google
tgk jam dah hampir kul 9... so gerak ke tpt movie... sampai jek trus masuk... azfar bukan main excited lagi... sempat mencuba sebaris kerusi sementara orang x ramai lagi... bila start jek citer dia mmg seronok... riuh mulut dia cakap macam2 ... tapi ada part yang dia takut jugak... time dinosour kuar... bole lak menangis... puas jugak pujuk suh diam.... last2 dia mintak susu... senyap kejap... terpaksa mummy dan papa menekup telinga dia klau nampak dinosaur kuar....
akhirnya abis jugak tgk citer tu... okla citer dia kelakar btul... aku dan hubby mmg gelak sakan... bila kuar dr movie... hubby tanya kat Azfar nk tgk lagi tak citer ni... dan dan Azfar jawab x nk akut la (takut la)... katanya...
aksi azfar ebelum tgk movie
so.. nampak gayanya xleh nk bawa dia tgk transformer... lagi naya jadinya... tunggu dia besar cket lagi...
p/s: abaikan gambo aku yang cumel...hiks

tak sihat


hola...... this week mmg aku x sihat... so.. sorry kenkawan coz x hapdet blog...
start dari hari Isnin aku dah pening, sakit kepala, selsema dan segala bagai sakit rasanya... tp aku gagahkan jugak g keje... yelakan dah saat2 akhir aku berada di company ni... banyak benda yang perlu disettlekan... dan semalam bos dah instruct aku supaya ajar budak baru wat apa yang aku wat... so... agak penat coz dari pagi sampai petang kene ajar dia... Alhamdulillah dia ni jenis cepat tangkap... klau lems.... alamat ada aku dapat darah tinggi....
actually hari rabu hr tu aku g tgk movie citer Ice Age 3... bawak azfar jenjalan... tp next entryla aku citer coz terlupa nk bawa kamera... InsyaAllah malam ni kalu angin aku elok aku akan hapdet k....
mmmm... citer pasal aku balik... aku rasa minggu ni paling teruk aku sakit... x tau kenapa dan apa sebabnya aku jadi cam gini.... badan aku lemah, bisa, sakit sumer ada... sampaikan aku tak larat nak buat kerja rumah.... bila kat opis ok cket... tapi bila balik je umah... terus lemah gemalai.... seb baik hubby memahami.... ajak aku makan kat luar.... bukan aku tak nak masak @ malas tapi... aku memang tak larat....
so... agak-agaknya apa yang perlu aku wat untuk kembalikan balik kecergasan badan aku ini???
  • ambil produk kesihatan - tapi yang mana satu ok... korang ble bagi cadangan x?
  • makan jamu - ok ker?
  • berurut - kat mana ada mak bidan @makcik yang ble mengurut & memang sedap cara dia mengurut coz aku pernah pergi mengurut dengan orang jawa tapi masalahnya bukannya bagi badan aku ok lagi sakit adalah...?
  • pergi SPA - saper ada experience pergi spa leh citer cket....

Untuk pengetahuan korang aku tidak mengambil sebarang ubat sampingan @ jamu selepas aku bersalin.....

sesaper ada idea meh citer kat aku k....

so... itu ajela utk hari ni....

Sunday, July 19, 2009

jawab 1st tag


Firstly aku nak minta maaf kat acha coz lambat buat tag nih… sorry sesangat ye acha…. Kenapa aku lambat buat???? Sebab nak cari ilham dan aku tengah menyiapkan blog shopping online aku…so tunggu kemunculannyer tak lama lagi k….buat masa ni biarlah ianya rahsia…. Nnti klau dah ready aku akan umumkan kat korang sumer….. Dan ini merupakan pengalaman pertama aku dalam buat tag ni… maklumla kan aku ni baru berjinak-jinak dalam dunia blogging bak kata orang tak kenal maka tak cinta tapi bila dh kenal mak aii tak boleh lupa…siyus tau aku dah ketagih dengan blog ni klau sehari tak tgk mcm ada benda jek yg kurang…walaupun kadang2 aku tak sempat nk hapdet blog dapat tgk blog kenkawan pun dah rasa hepy… ble tau perkembangan diorang dan dapat banyak info yang sebelum ni kta tak tau…..so maafkan aku klau ada salah dan silap sebab saya budak baru blaja klau salah tolong tunjukkan… poyo jek ayat tuh…:P

So dengan buat tag ni aku harap korang akan lebih mengenali aku especially acha..

Untuk hubby lak menyingkap kenangan terindah sewaktu bercinta….

Ok happy reading…

Sedia… mula….

Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya…
1st time jumpa hubby kat CM (Central Market)… selepas 6 bulan kenal.. kitaorg kenal melalui chatting …(jangan tak percaya kena percaya) klu korang nk tau la…masa tu tengah glamer dgn zaman mirc… xder lagi ym ker hapa ker kan…lepas chat hantar email, lepas hantar email surat lak nk tgk gambo… pastu call… lepas call baru jumpa…. (klakar lak bila ingat balik) 1st time jumpa masing2 kaku… Tanya 1 soalan jawab 1 soalan… kitaorg takder g memana pun lepak kat cm jek…. Makan2.. borak2.. pastu hubby aku hantar aku kat kotaraya coz aku naik bas nk balik upm…

Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan
Sangat caring, bertanggungjawab dan pandai ambil hati

Tempat “dating” di mana meluahkan perasaan pada anda…
Emmm.. kitaorang banyak guna telefon sebab x sama tempat blaja…so.. luahan perasaan pun melalui telefon gak…

Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Mula kenal mei 1999…kawen… 21 ogos 2005… kiranya 6 tahun 3 bulan

Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
3 thn 11 bulan

Kejutan yang pernah dia buat pada anda….
Masa bercinta dulu aku hilang handphone orang rembat…. So hubby bagi pakai hp dia Nokia 3310…. Sangat suker….

Masa birthday aku thn lepas…. Dapat rantai emas…. Sangat teruja… x terkata masa dia bagi… mmg surprise giler time tuh… mmg x sangka dia akan bagi rantai sebab aku tak pernah mintak pun… apa yang ada sudah mencukupi bagi aku….

Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga…
mmm… banyak benda yang dirancang bersama… antaranya nk beli umah… nk tambah ahli keluarga (sedang berusaha)…. Nk buat bisness… dll…

Bagaimana dia melayani karenah anak2?
So far sekarang ni anak baru sorang… dia memang pandai urus anak… tip top mengalahkan aku lak…akukan sibuk blaja so hari ahad confirm dia yg jaga azfar….( dari segi bli baju ker brg keprluan ker serah kat aku) suka bergurau….suka bawak gi jenjalan… dan anak aku jugak cukup rapat dengan dia berbanding aku.. sebab aku ni garang ( tapi garang di mulut jer la hati baik tau…)

Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Alhamdulillah ok… walaupun aku dah takde mak dan ayah… dia sangat baik dengan kakak- kakak ku dan kamceng dengan abang 2 iparku… ble layan anak buah aku yg lelaki buat member sebab minat yg sama (gila kereta) begitu juga dengan sepupu2 lelaki aku… ble masuk dgn diorg sumer…



Jawab tag:

The Rules:
Write (5) interesting facts about the person who gave you this award
Ok acha… baca btul2 apa yang nk saya tulis ni…
Fakta penting tentang acha..
1. suka memberi komen yang mmbina @ kata peransang cthnya masa aku tgh down dgn tpt keje aku … tp dia lak bagi semangat kat aku… tq ye acha..
2. suka cara penulisan dia kat blog…sempoi tapi bermakna
3. sangat hepy orangnya…
4. seorang yang penyayang….
5. sangat peramah… (ye ker????) walaupun kami tak pernah jumpa tapi klau jumpa mesti happening kan….


Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
suka masak walaupun x berapa pandai masak
suka window shopping
suka baca majalah terutama pama dan Rasa
seorang yang peramah
suka kawan dengan sesiapa jek
suka mencuba makanan yang baru
suka jenjalan
suka tolong orang
suka baca blog orang (jadi silent reader jek, buat masa ni x brani lagi nk meninggalkan jejak… akan datang kut..)
adakalanya sensitive jugak tapi x sangat…


Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them
Actually x tau nk tag saper … tapi aku cuba jek la tag diorang kat bawah ni… klau sudi buat ler….jangan marah ekk…

lisa- kawan baik aku masa kat upm dulu…
intan – ni pun course mate masa kat upm… nk kenal dia dengan lebih rapat. Masa kat upm dulu kitaorg lenlain group.
niza – seronok baca kisah hidup dia yang happy dan rajin hapdet blog.
saper2 jek la yang nak jawab ble ambil yek.


Leave a comment on the recipients blog to tell them they”ve been tagged.
jap lagi buat


paste the award badge in your side bar.
done

Tuesday, July 14, 2009

CARA POTONG KUKU

setiap orang ada kuku. tapi tau tak sebenarnya ada cara untuk memotong kuku nih????? ok mari kita lihat sama ada cara kita potong kuku sebelum ni adalah betul atau tidak..
info yang bagus untuk aku dan korang jugak... info ni aku dapat melalui email.. so.. aku rasa ada baiknya aku share info ni dengan korang sumerkan.. yang mana tak tau boleh try dan amalkan...

cara memotong kuku mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

· Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit.

· Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

· Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

· Hari Selasa :

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

· Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

· Hari Khamis :

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

· Hari Jumaat :

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Oleh yang demikian kalu nk kerat kuku, kerat pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL





Sunday, July 12, 2009

Ikan Bawal Masak Asam

menu utama hari ni.. ikan bawal masak asam... mulai hari ini... aku nk share resipi memasak dengan korang sumer... walaupun aku sebenarnya xder la pandai sangat masak... orang kata masak bodoh2 bole la.. janji hubby & azfar suker dan orang lain jugak....
ok resipinya
  1. 1 ekor ikan bawal
  2. 3 biji bawang merah (ditumbuk @kisar)
  3. 2 biji bawang putih (ditumbuk @ kisar)
  4. 2 batang serai (dihiris halus)
  5. segenggam asam jawa (ikut selera klau nak masam lagi tambahkan ye)
  6. sedikit garam
  7. sedikit kunyit
  8. minyak utk menumis dan menggoreng ikan.
  9. air

cara memasak

1. gorengkan ikan bawal yang telah di lumur dengan garam dan kunyit separuh masak

2. setelah masak angkat dan ketepikan

3. sediakan kuali dan sedikit minyak utk menumis.

4. tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.

5. masukkan serai yang dipotong halus dan air asam jawa. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.

6. Setelah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan ikan bawal yg telah digoreng.

7. masukkan juga garam, ajinomoto dan Gula secukup rasa.

8 biarkan seketika sehingga ikan sebati dengan kuah.

9. lebih kurang 5-10 minit, padamkan api dapur anda dan sedia untuk di hidang

ok.. selamat mencuba... ianya simple tapi rasanya sedap...


Saturday, July 11, 2009

Wajah Baru

tadaa...... cantek tak langsir umah aii.... hiks! xder org nk puji.. puji sendiri jek la...mcm orang kata masuk bakul angkat sendiri... hahaha :P...
anyway dah lama sebenarnya nk tukor background nih... dah berapa kali tertangguh semenjak broadband aku wat hal.... Tp Alhamdulillah semenjak aku acap kali komplen kat servis centre akhirnya dah ok... kira cam penantian dah berakhir... penantian kan satu penyiksaan eh! cam lagu lak...agaknya dia boring asyik aku jek yg komplen.. mcm xder org lain... yelakan takkan kita nk berdiam diri jek.. klau kita tak cakap diorg tak tau apa masalah kita... customer always right kan... so sebagai pengguna kita mesti bijak....
Harap2 pasni dah tak jadi lagi... klau jadi jugak confirm aku g panjat menara Celcom... ada berani?...
Banyak citer aku yang tertangguh termasukla hutang tag aku dengan acha.... acha jgn marah ye.. nnti kita wat tau... tunggu....

Saturday, July 4, 2009

aduh! jatuh

perasan tak kat dahi azfar ada apa? inilah tanda yang azfar dapat semasa balik pekan... terlalu excited bermain dengan kakak nisa.. berlari punya pasal jatuh kat atas jalan raya... benjol kat kepala.. menangis kejap... pastu main balik.. tak pernah serik.. seb baik luka tak dalam.. mummy dah risau masa tu cepat2 letak minyak urut.... hampir seminggu nk hilang bengkaknyer...

dialog mummy dengan azfar:

mummy : azfar, mummy sakit badan la... pijak belakang mummy leh x?

azfar : ok.. mummy atit yer ( sakit yer) sambil pijak belakang mummy... bole dah diharap.

mummy : azfar nk balik kg x? jumpa tok & wan..

azfar : nkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....sambil senyum.. nak main dengan kakak aina..

*selepas penat main kat luar umah

azfar : mummy... mummy.. air mina satu (air ribena satu)

mummy : air ribena ker air masak

azfar : air mina la air masyak x sedap

*masa makan durian

mummy : azfar nk makan durian?

azfar : x nak usyuk la ( busuk la)

telatah azfar yang buat mummy tersenyum

aku sakit

hari jumaat aku mc... coz sakit kepala yang amat sangat... (migrain).... ntah la sekarang ni rasanya makin teruk lak... klau aku g keje sekalipun gerenti aku x wat keje nyer... lebih baik aku ambil mc.. bole berehat kat umah...
so paginya aku hantar azfar kat umah pengasuh seperti biasa. klau dia ada kat umah dah tentu aku xleh rehat kejap nak susu, nak ajak main dan segala bagai... sbb aku x larat sangat...nnti kesian lak kat dia klau aku x layan... biarlah dia duk umah pengasuh.. aku nk bwk diripun x mampu...pastu trus g klinik... sementara menunggu klinik buka aku g bfast dulu....kepala aku dah berdenyut2 dan rasa mual
lebih kurang kul 9.10 am aku pun masuk klinik dan register.... lebih kurang 20 minit menunggu nama aku dipanggil..
akupun menceritakan masalah aku padanya... dr. menyatakan maybe stress di tpt kerja... akupun rasa begitu jugak... maybe sebab aku nk resign so byk benda yang perlu aku settle... terlalu banyak yang aku fikirkan pasal kerja nih..... walaubagaimanapun aku harap dapat menyiapkan kerja aku sebelum aku berenti....
itu satu perkara.... migrain ni jugak maybe disebabkan olehh hormon aku yang tak tentu arah.... dan disebabkan hormon jugaklah badan aku bertambah cumel... berat makin meningkat... dr nasihatkan supaya aku banyak buat exercise...
aku ada bertanya bberapa soalan bagi menurunkan berat badan aku ni...
antaranya:-

1. bolehkah saya mengambil ubat pelangsingan badan seperti sendayu tinggi, herba life atau yang sewaktu dengannya?

dr. kata: kalau kes macm aku ni tak boleh ambil ubat seperti pil kerana memang ianya akan turun dengan cepat tapi kalau berhenti ianya akan naik dengan cepat dan berganda. ini disebabkan oleh hormon aku yang tak stabil...

2. macam mana pula dengan slimming program?

dr. kata: ianya juga kurang membantu dan memerlukan kos yang tinggi... sekiranya kita tidak meneruskan program tersebut mungkin kita akan kembali asal...

so... saranan dari dr. adalah aku perlu lebih exercise seperti jogging atau pun masuk kelas gym. itu lebih baik dari masuk slimming centre....dan ianya secara natural dan bukan paksaan..

untuk pengetahuan korang aku sudah lama mengalami masalah hormon yang tidak stabil... akupun tak tau kenapa... selepas aku bersalin... period aku normal.. tp 3 @ 4 bulan berikutnya sudah tak stabil.. period aku hanya datang dalam 3 @ 4 bulan sekali...pada mulanya aku ingat aku mengandung tp bila aku check xde apapun.. selepas aku membuat ujian didapati paras hormon aku sangat rendah.. aku perlu mengambil ubat hormon bagi membolehkan period seperti biasa... dan ini menyukarkan aku untuk hamil lagi....
so.. itulah kisah aku hari ni...
minggu ni aku xder kelas.. so hubby mengajak aku balik kg... petangnya aku bersiap dan bertolak dr umah dalam kul 7.30 malam. kami sampai d temerloh dalam kul 9.30 dan trus g terminal coz hantar adik iparku balik ke UUM... seb baik sakit kepala ku dah reda...
so kesimpulan yang aku pelajari hari ni adalah jangan mudah mengambil sebarang pil pelangsing
tanpa mengetahui baik buruknya.... lebih baik kita bertanya @ merujuk pada orang yang lebih pakar tentang kesihatan kita...
bagi sesiapa yang ingin kurus, lebih baik melakukan secara manual dari mengambil jalan singkat.. yang boleh memudaratkan diri anda.. berfikir sebelum bertindak..
amalkan pemakanan yang sihat dan jaga kesihatan anda..

Friday, June 26, 2009

horey... balik kampung day 2 (30 april 2009)

pagi hari di cherating.. selepas dapat tdo dengan lena... azfar lak demand nk tdo dgn wan & tok.. mummy hampir terlepas solat subuh coz sedap dibuai mimpi... after solat subuh... azfar dah ajak wan g pantai... masa tu dalam kul 7 pagi... pastu tok pun ikut sama.. mummy bawa bekal roti.. sambil main sambil makan roti coklat... habis sebiji utk dia... hari ni mummy lepaskan azfar nk wat apa... bagi main puas2.... tok & wan yang jadi mangsa.. sebab azfar lagi suka ajak diorg dr ajak mummy @ papa... yelakan dah lama tak bermanja dengan tok dan wan coz semenjak aku further study ni jarang balik kg... so bila dah dapat peluang apalagi... kene la layan...







begitu susah nk ambil gambar dia... mesti x nak pandang kamera...
wan sedang merenung masa depan... azfar sibuk dengan lori pasirnya... tok sekadar memerhati sambil menyuap roti kat azfar.

masa ni memang seronok cari anak ikan, ketam.... riuh suara azfar bercakap.... papa, papa, ikan manyak kat sini.....


ini adalah hasil tangkapan azfar, mummy & papa... azfar nak bawak balik katanya nak main kat umah... pastu kitaorg cakap kat dia mana sempat nk bwak balik nnti ikan mati... last2 dia bagi lepaskan ikan2 tu...walaupun sedey... matahari dah tinggi dan air pun dah start pasang.. kitorg balik ke chalet dan enikmati breakfast... nasi dagang yang dibeli di restoran berhampiran.. sungguh sedap... lepas makan, masa untuk mandi pantai.... dah lama sebenarnya mummy x mandi pantai ni.... tapi takut jugak sebab kakak mummy kata kat sini ada orang mati lemas.. so x berani nk mandi kt tpt dalam...








papa melayan azfar masa baru nk mandi...





ni plak dah nak balik .. masa kat chalet ble lupa nk ambik gambar




mummy dan azfar







sebelum balik kami singgah kat kedai souvenir ni... kami bli frame utk dijadikan kenangan..







sebahagian drpd koleksi yang ada disini
ok itulah xtvt yang sempat dijalankan tanpa planning yang khusus. after that kitaorg balik ke jengka semula coz nk hantar mak & bapa mertua ku.. on the way keluar tu kami singgah di kedai keropok lekor... aku ni memang suka makan keropok lekor dan sata.. macam org ngidam lak bila dapat... mmg sedap... puas hati bli...









selepas hantar mak & bapak mertua aku... aku nk balik ke kg aku lak di pekan... kebetulan kakak aku berkelah di pancing... so kitaorg pun singgah di pancing.. sampai disana azfar nk mandi lagi... bagi la sampai biru... tapi tak lama dia mandi coz dah nk senja...
ok sampai di sini untuk kali ini.. jumpa lagi




































Thursday, June 25, 2009

horey... balik kampung day 1 (sambungan)

Actually dah naik malas nk update blog since broadband aku ni problem. Sampai hari ni still lagi problem.. naik fed up call service centre balik2 still buat bende yang sama..anyway hari ni aku nk sambung citer yg dah tertunggak sebulan. kiranya entry basi daa... walaupun ianya basi tapi bagi aku 1memori yang tak dapat dilupakan.. 1 kenangan yang terindah.

ok kita sambung citer





ni plak sebelah malam waktu dinner... sebelum tuh aku nk bagitau... aku & hubby sajer jer bagi surprise kat mak & bapa mertua ku.. aku ajak diaorg lepak kat cherating malam tu... yelakan sekali sekala bawa diorg g jenjalan melihat pemandangan... petang tu jugak kami bertolak ke cherating lebih kurang kul 4 ptg.. kami sampai di cherating dalam kul 7 gitu. terus jek cari chalet. tak booking pun coz bukan cuti sekolah. Alhamdulillah dapat... maka menginap la kami kat Ranting Beach resort. selepas solat maghrib kami pun keluar mencari makan sekitar jalan cherating. dalam 10 minit kami jumpa restoran ni.. tak ingat nama apa tapi tepi jalan jek... so apa lagi order ikan 3 rasa, sup sayur, telur dadar... sambal belacan semestinya.. pergh... memang sedap... sumernya licin... gambar ni diambil semasa menunggu makanan sampai.
tengok aksi azfar yang tak duduk diam.. sesuka hati nk duduk atas meja. seb baik tak ramai orang lagi waktu tu... tapi bila dah ada kawan.. sampai tak ingat nk makan.. duk berlari.. sory tak sempat nk ambil gambar masa dia lari coz mummy sibuk menjamu selera masa tu.. selesai makan kitaorg balik ke chalet... tgk tv jap pastu apalagi tidur.. coz masing2 kepenatan...


selepas sibuk masak memasak di belakang umah tok... xtvt seterusnya adalah mandi di dalam besen....sungguh seronok duduk dalam besen... perasan diri tu baby lagi... padahal dah tak berapa nak muat.... siap ajak mummy join sekali... mana ble... pecah besen nnti kalau mummy masuk sekali... hehehe...

p/s: sorry kedudukan gambar tak teratur.. nak cepat... sepatutnya mandi dalam besen dulu baru gambar kat atas... pepandaila korang baca ekk...
ok ada lagi sambungan... tunggu episod seterusnya...





ni nk sambung balik citer pasal balik kg hari tu.










Friday, June 19, 2009

HALLUUUUU....

Hello everybody...

rasanya dah nak bersawang dh blog ni... lama tul tak update... pas 1 masalah ada lak masalah lain yang datang... sabar je lakan.. itu namanya dugaan hidup...
nak tau tak kenapa aku dah lama tak update blog?
salah satunya hr tu aku dh cakap coz aku kene wat tender Alhamdulillah dah submit pada 12 jun yg lepas. lega dah 1 bab.

pastu aku nyer broadband ni buat hal tul la.. naik menyampah, meluat fed up tahap gaban. eeeeiiiiiii... mmg geram yang teramat geram.... spoil mood aku nk update blog.. hari tu igtkan dah ok... last2 jadi balik.. asyik xleh nk connect jek.... dah inform kat service centre pun sama gak... smpai wat troubleshoot sendiri.. pun tak jadi jugak....eeeeeiiiiii geramnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

oleh yang demikian aku nk mintak pendapat korang ni..
patut kah aku terminate jek broadband c*****m ni. sebabnya bulan2 aku bayar hampir RM100 tp hasilnyer hampeh.
klau aku terminate aku nk ambik broadband baru... boleh korang seggestkan yang mana ok?
streamyx ?
maxis?
p1 wimax?
siyus aku perlukan nasihat dr korang sumer....

plsssssssss

Sunday, May 17, 2009

minta maaf

salam semua... saya memohon maaf kerana tidak dapat update blog untuk 1 jangkamasa yang agak lama... antara sebabnya adalah:

  • broadband saya buat hal.... tak tau la kenapa asyik tak boleh nk connect jer... dah inform pun still sama gak... so... kena sabar.. tak tau la sampai bila baru ok...
  • minggu ni & minggu akan datang saya busy dengan buat tender... (may be kena tdo kat ofis kut)... so... saya memang takde masa nk update blog... kat ofis lak takleh wat kena block.. klau tidak tiap2 hari saya update blog.....
  • Klau ada masa maybe saya akan pergi CC utk update blog saya.. (itupun klau keadaan mengizinkan......)

Untuk pengetahuan korang sumer saya ni dah ketagih dengan blog ni... klau tak tgk sehari rasanya cam ada benda jek yang saya tak buat.... walaupun saya tak update blog saya tapi saya akan pergi melawat ke blog kawan2 .... sebab seronok dengar citer dr kawan2...

minta maaf sekali lagi... doakan broadband saya akan ok secepat mungkin... sebabnya banyak citer yang nk saya kongsi bersama kawan2 yang lain....

Wednesday, May 6, 2009

horey... balik kampung day 1 (29 april 2009)

xtvt azfar di pagi hari membantu tok mengemas laman rumah, menyiram pokok bunga, mengejar ayam & kucing sampaikan kucing tu tak senang nk makan. tak sempat nk snap gambar msa dia kejar kucing coz mummy sibuk d dapur. gmbar ni masa azfar tlg tiupkan sabut bagi berasap. wan yang letakkan sabut tu kat ctu.. bimbang cucunyer kena nyamuk.



ni plak xtvt main masak2 @ pondok. tgk la aksi dia ada macam chef tak?... sungguh seronok bermain dengan kak aina....mummy panggil pun wat tak tau jek... kali ni kasi can main puas2... asalkan azfar happy... sambil main mulut tak reti diam... ada jek benda yang nak di cakapnyer...


ni sebab mummy panggil banyak kali baru nk pandang.. klau tak buat dek ajer...


mummmy.. mummy... azfar masyak ni... (azfar masak ni)...



last week kami sekeluarga balik kg di jengka dan pekan. Aku & hubby memang dah planning dr awal lagi utk balik kg nih.. maklum la dah lama tak balik kg since thn baru hr tuh... wan & tok azfar dah rindu sangat dengan cucunyer ni... kitaorg bukan tak nak balik kg.. tapi disebabkan aku study & klas lak setiap hr ahad...so takder masa nk balik... ni pun kebetulan cuti hari pekerja so aku & hubby ambik cuti awal 2 hr. kitaorg balik kg pada hari selasa malam. bertolak dr umah hampir jam 1o pm.. maklum la mcm2 benda nk kemas, kemas baju, umah dan segala bagai.. perjalanan Alhamdulillah ok... masuk jer highway karak Azfar dah minta susu dan bantal.... tak sempat susu abis tgk2 dah tertdo budak ni... kepenatan agaknya.. mana tak penat sama naik dengan orang kemas barang...kitaorg memang tak singgah kat mana2 sebab nk cepat sampai.. sampai di chenor... hubby aku dh stat mengantuk.. so.. dengan paksa rela aku lak jadi driver... lebih kurang 10 minit aku drive.... hubby ku dh berdengkur... sabo jela..... seb baik ada radio.. layan la lagu sambil nyanyi... wakakakakaka... nk hiburkan hati...




masa kami balik tu ada gak accident tp tak berenti tgk pun... yela kan dh tgh mlm. klau berenti lagi lambat sampai.... Alhamdulillah kami slamat sampai di Jengka dalam kul 12.15 am camtu klau tak silap la...


okla kat cni dulu esok sambung lak pasal cuti nih... banyak lagi yang menarik.....dah ngantuk nih....selamat malam
Related Posts with Thumbnails