ads nuffnang

Wednesday, November 25, 2009

shopping at One utama J Card Day

semalam kan aku kan .... dah "TERBELI" barang 2 yang tak sepatutnya aku beli... ni sumer gara2 J CARD DAY kat Jusco One Utama..... actually mulanya aku cuma nk cari wallet utk bapa mertua ku dan baju utk adik iparku... alih2.. benda lain lak yang dapat... citernyer begini... sampai jek kat jusco tu akupun terus pergi ke tempat yang aku target utk beli wallet.... hubby lak terpaksa layan Azfar .. so apalagi kat tempat mainan ler dua beranak tu... pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati harganya pun berpatutan sebab dapat less 70%. ... cari hubby aku kat bahagian mainan...azfar mintak beli lori yang harganya hampir RM100... pujuk punya pujuk nasib baik leh tukar yg murah harganya dalam RM20.00 itupun setelah puas dikaunselingkan....
after that aku nk cari lak baju utk adek iparku...dan hubby & azfar still kt tpt mainan lagi.... dah dpt apa yg aku cari.... aku call hubby aku utk bayar...
alih2 dia dah kt tpt lain... kat bahagian perfume la plak... tgk punya tgk... belek punya belek... ha... hambek ko... 2-2 ambik perfume jenama yang sama.... ini memang lari dari tajuk ni...
so inilah perfume yang aku beli semalam.... yang takder dalam senarai aku & hubby aku...
perfume jenama AIGNER. Aku beli pefume ni dapat lagi 1 perfume kat bawah ni

memang berbaloi -baloi dengan harganya dan aku dapat lagi 1 miniature....

yang ni plak utk hubby aku dan ada lagilah yang sampingannya kalau x silap aku shower gel & miniature.



kesimpulannya... inilah org pompuan klau dah membeli... hai... pantang nmpak.. mesti sambar punya..... ish... x ble... x ble...


pastu kan.... ni aku nk citer lak pasal Azfar...

kuar dari Jusco tu ada lak booth untuk Dutch LAdy 123... dan Azfar teruja nk main kat dalam tu... ingatkan boleh masuk camtu jek tapi kene beli barang Dutch Lady dulu sekurang2nya Rm 20 baru leh main... seb baik tak mahal sangat.. kebetulan lak susu tu memang Azfar minum... so belila.. sebab Azfar dah meronta-ronta nk masuk main...

utk masuk dalam tpt mainan tu cuma anak dengan seorang penjaga jer yang boleh masuk... so aku la yang menemani dia... bila org tanya nama saper azfar jawab slow jer yang kuat bunyi tang belakang jer azfar AMIJAN ... pastu xtvt yg pertama azfar kene cari bentuk yg sama dengan gambar yg ditunjuk & lekatkan gambar tersebut... seronok tgk dia wat... teruja tgk dia wat sumernyer dgn betul... i really appreciate u my dear... pastu lak kenal alat muzik macam tamborin... yg kelakarnya kakak tu suruh ketuk sekali tapi dia ketuk berkali2.... puas mummy ajar...pastu lak acara menaikkan bendera... tersengih jer dia... pastu lak kene siapkan puzzle... Alhamdulillah Azfar Leh buat ... apa2pun dia memang happy masa tu....

so itu ajer yg nk dikongsikan utk hari ni...

so saper yang ada masa boleh pergi lagi hari ni utk J CARD DAY & DUTCH LADY 123....




















Tuesday, November 24, 2009

microwave oven

hari ni aku nk citer pasal microwave oven. aku pasti boleh dikatakan setiap rumah yang berkeluarga mempunyai microwave oven ni. bukan setakat di rumah malahan juga di restoran -restoran, fast food, hotel dan sebagainya rata- rata mempunyai microwave oven untuk memudahkan menyediakan hidangan.


tapi tahukah anda semua bahawa microwave ini walaupun mempunyai kebaikan iaitu boleh memasak dengan cepat tapi sebenarnya ada keburukan kepada kita semua tanpa kita sedari.


dari segi masa ianya amat menjimatkan kita apatah lagi kalau di bulan puasa. microwave lah menjadi penyelamat kita sebab hanya 2 minit sahaja lauk yang kita panaskan sudah sedia untuk dihidangkan. tetapi sebenarnya cara memasak menggunakan microwave adalah bertentangan dengan cara kita memasak menggunakan dapur gas. sebagai contoh kalau kita memasak menggunakan dapur ianya akan panas di bahagian luar dahulu dan kemudiannya bahagian dalam tetapi sebaliknya yang berlaku dengan microwave dimana cara memasak adalah di bahagian dalam dahulu baru di bahagian luar. contoh yang mudah cuba kita letak sebiji kentang ke dalam microwave dan masak selama 2 jam. Apa yang akan anda dapati pada kentang tersebut? kentang tersebut kelihatan cantik di bahagian luar tetapi di dalamnya hangus berwarna kehitaman. ini bermaksud bahwa terdapat tindakan di dalam kentang tersebut dan ianya telah mengubah tekstur serta kandungan yang terdapat di dalam kentang tersebut. Oleh yang demikian pemakanan daripada microwave sebenarnya lebih kepada keburukan daripada kebaikan di mana dari segi kandungan vitamin dan mineral juga berkurangan.


untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lawati lawan web ini bahaya microwave untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan microwave.


dan ini merupakan kesan yang akan kita hadapi sekiranya mengambil makanan secara berterusan dengan microwave.



1.makan secara berterusan drpd microwave oven merosakkan otak (jangkamasa lama)

2.metabolisme badan tidak boleh mengenalpasti produk.

3.Penghasilan hormon lelaki & wanita berhenti.

4.mineral, vitamin & nutrien berkurangan

5.mineral dlm sayuran bertukar kpd kanser radikal bebas apbl masak dgn microwave.

6.pertumbuhan kanser usus (tumor), kanser kulit.

7.Hilang ingatan, tumpuan, ketidakstabilan emosi & penurunan kadar pintar.


kesan ini aku ambil dari laman web tersebut.


so... fikir-fikirkan lah akan kesihatan anda semua.

dan sayangi keluarga anda.

Tuesday, November 17, 2009

cream of chicken & mush room soup


mood tgh rajin.. nk update.. last week aku wat chicken & mushroom sup ni... so aku bawak kt tpt keje... ramai lak yang mintak resepi nk wat camner... so aku share la dgn korang kat cni... aku wat pun coz azfar suka makan sup ni... actually senang jek nk wat... so bahan2nya dalah seperti di bawah.....
1 keping dada ayam
1 biji bawang besar (dihiris @ mayang)
3 biji bawang putih(dihiris @ mayang)
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
250 gram mentega
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
sedikit lada sulah
Cara-cara
1. potong ayam kecil2.
2. panaskan periuk dan cairkan mentega.
3. tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
4. MAsukkan ayam yg dipotong kecil, gaul sebati. biarkan seketika@ ayam masak.
5. MAsukkan air dan tepung gandum. gunakan api yang kecil &sila kacau selalu supaya ianya tidak berketul.
6. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. . tambah perisa, garam dan ajinomoto & lada sulah serta kacau hingga pekat.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
selamat mencuba

mini i phone


baru2 ni aku ada beli mini i- phone jenama apple... baru pakai seminggu dah rosak.. skrin xleh nk touch langsung.... hangin jek... pastu hantar repair katanya seminggu baru siap.... so aku pun pegi la nk ambik phone tu semalam.... tapi bila aku check cam xde apa2 pun yg diorg wat dgn phone tu... tokey kedai tu suh aku regangkan skrin dia klau xleh nk on phone... persoalannya.. xkan setiap kali aku nk guna nk kena regang dulu phone tu? eeee... geram sungguh aku... sungguh aku x puas hati... hari ni aku akan pegi lagi sekali... klau dia xleh wat jugak.. aku nk balik duit aku.. dah x kose nk pakai phone tu.. dah xder mood...
tension... tension...
Related Posts with Thumbnails