ads nuffnang

Wednesday, December 24, 2008

KEHILANGAN

Emmm... aku tak tau nak citer camner... yang pastinya aku amat terasa akan kehilangannya..
  1. aku telah kehilangan pengasuh Azfar - maksudnya.... pengasuh azfar yang ku anggap macam kakak sendiri telah berpindah rumah ke shah alam.... terasa sangat bila dia dah pindah... lebih2 lagi azfar... sampaikan merajuk 1 minggu bila aku hantar kat umah pengasuh baru... taknak makan... tak nak susu dan dah pandai memberontak... (mummy nak buat camner azfar... ibu nak pindah umah sendiri,,, nak hantar ke sana jauh sangat) itu ajelah yang mampu aku katakan... setiap kali lalu kat depan umah lama ibu azfar mesti cakap jom pegi umah ibu... sebelum diaorang pindah aku bawak azfar jumpa diaorg.. bukan main seronok lagi azfar dapat bermain dengan kakak nurul, abang & adek... sampaikan tak nak balik umah.. ibu jaga azfar dengan baik sekali... dia buat azfar mcm anak dia gak... itu yang membuatkan mummy rasa senang bila azfar tinggal dengan ibu...walau apapun jutaan terima kasih kepada ibu yang sanggup menjaga azfar semasa mummy keje........ segala jasa baik ibu akan mummy kenang hingga ke akhir hayat.....
  2. kat ofis aku kehilangan sorang ofismate yang rapat denganku...kami lunch sama, g solat sama... ada masalah bincang sama.... boleh dikatakan banyak perkara kat ofis tu yang kami buat bersama...disebabkan dia dapat better offer... so tinggalla aku... dengan budak baru yang tak tau lagi perangainyer camner......nk mengadu pun dah takder tempat...so itu adalah antara penyebab yang aku rasa sangat bila kehilangannya....

Sunday, December 14, 2008

jalan jalan kat sunway piramid (part 3)

sempat posing kat pokok krismas

papa & azfar





jalan jalan kat sunway piramid (part 2)

ni masa tengah tunggu makanan sampai

2 set prosperity burger & 1 set happy meal

lepas dah ambik kamera... kitaorg g makan lak kat mc'donalds... nak tau kitaorg order apa??? semestinya prosperity burger.... jangan jeles lisa... aku makan dulu ekk... cam org ngidam lak... untuk azfar... happy meal + peha ayam seketul.. ( tapi ayamnya tak habis pun. makan cket jer)






JALAN JALAN KAT SUNWAY PIRAMID


Hari ni aku, hubby & azfar gi jalan2 kat sunway piramid... ramai sungguh orang... maklumla tengah megasale sekarang ni..sampai diskaun pun up to 70%.... lagipun tak lama lagi nak krismas lak... anyway kitaorg pergi sana coz nak ambil kamera yg dah siap repair bukannya nk shopping..kamera ni rosak masa birthday azfar hari tu... tulaaa syok sangat ambik gambar sampai terjatuh... pastu dah takleh buka... problemnya lens error....

Sampai di kedai fotokem tu... akupun tunjukkan resit... then pembantu kedai tu ambik 1 kotak kamera... dia srh kitaorg check...on the spot aku & hubby check kamera tuh... yg peliknya takder kesan calar kat kamera tu... aku tanya kat hubby... hubby aku kata maybe dia tukar casing kut... aku bukannya apa takut silap ambik yg orang lain lak...agaknya pembantu kedai tu dengar kut perbualan aku & hubby... then dia bagitau... sebenarnya kitaorg dapat kamera baru....kamera lama dh takleh pakai....hubby aku dah risau kut kut kena tambah duit lak... tapi lega bila dia cakap free of charge... rasa cam tak caya lak dapat kamera baru....yahoo.....tq...tq..tq..

Tuesday, December 9, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam semua.... dah lama tak melayari alam siber nih... kesibukan yang melanda semenjak dua menjak ni menyebabkan aku tak sempat nak update blog.... busy yang amat sangat... sebabnya... aku dinaikkan pangkat kt tpt kerja... so bertambahlah tanggungjawabnya... Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran padaNya... atas kurniaan ini.... masa cuti ni la aku peruntukkan masa untuk update blog dan segala2nya.....

dipendekkan citer... aku nk ucapkan selamat hari raya AIDILADHA buat semua... tahun ini aku buat korban aqiqah buat AZFAR HAMIZAN.... untuk entry kali ni sorry takder gambar raya coz kamera tertinggal kat umah... sorryla ekk...

HOLIDAY AT BUKIT TINGGI (PART 2)



ni ambil gambar kat dalam bilik & depan hotel..
Related Posts with Thumbnails