ads nuffnang

Wednesday, December 24, 2008

KEHILANGAN

Emmm... aku tak tau nak citer camner... yang pastinya aku amat terasa akan kehilangannya..
  1. aku telah kehilangan pengasuh Azfar - maksudnya.... pengasuh azfar yang ku anggap macam kakak sendiri telah berpindah rumah ke shah alam.... terasa sangat bila dia dah pindah... lebih2 lagi azfar... sampaikan merajuk 1 minggu bila aku hantar kat umah pengasuh baru... taknak makan... tak nak susu dan dah pandai memberontak... (mummy nak buat camner azfar... ibu nak pindah umah sendiri,,, nak hantar ke sana jauh sangat) itu ajelah yang mampu aku katakan... setiap kali lalu kat depan umah lama ibu azfar mesti cakap jom pegi umah ibu... sebelum diaorang pindah aku bawak azfar jumpa diaorg.. bukan main seronok lagi azfar dapat bermain dengan kakak nurul, abang & adek... sampaikan tak nak balik umah.. ibu jaga azfar dengan baik sekali... dia buat azfar mcm anak dia gak... itu yang membuatkan mummy rasa senang bila azfar tinggal dengan ibu...walau apapun jutaan terima kasih kepada ibu yang sanggup menjaga azfar semasa mummy keje........ segala jasa baik ibu akan mummy kenang hingga ke akhir hayat.....
  2. kat ofis aku kehilangan sorang ofismate yang rapat denganku...kami lunch sama, g solat sama... ada masalah bincang sama.... boleh dikatakan banyak perkara kat ofis tu yang kami buat bersama...disebabkan dia dapat better offer... so tinggalla aku... dengan budak baru yang tak tau lagi perangainyer camner......nk mengadu pun dah takder tempat...so itu adalah antara penyebab yang aku rasa sangat bila kehilangannya....

Sunday, December 14, 2008

jalan jalan kat sunway piramid (part 3)

sempat posing kat pokok krismas

papa & azfar





jalan jalan kat sunway piramid (part 2)

ni masa tengah tunggu makanan sampai

2 set prosperity burger & 1 set happy meal

lepas dah ambik kamera... kitaorg g makan lak kat mc'donalds... nak tau kitaorg order apa??? semestinya prosperity burger.... jangan jeles lisa... aku makan dulu ekk... cam org ngidam lak... untuk azfar... happy meal + peha ayam seketul.. ( tapi ayamnya tak habis pun. makan cket jer)






JALAN JALAN KAT SUNWAY PIRAMID


Hari ni aku, hubby & azfar gi jalan2 kat sunway piramid... ramai sungguh orang... maklumla tengah megasale sekarang ni..sampai diskaun pun up to 70%.... lagipun tak lama lagi nak krismas lak... anyway kitaorg pergi sana coz nak ambil kamera yg dah siap repair bukannya nk shopping..kamera ni rosak masa birthday azfar hari tu... tulaaa syok sangat ambik gambar sampai terjatuh... pastu dah takleh buka... problemnya lens error....

Sampai di kedai fotokem tu... akupun tunjukkan resit... then pembantu kedai tu ambik 1 kotak kamera... dia srh kitaorg check...on the spot aku & hubby check kamera tuh... yg peliknya takder kesan calar kat kamera tu... aku tanya kat hubby... hubby aku kata maybe dia tukar casing kut... aku bukannya apa takut silap ambik yg orang lain lak...agaknya pembantu kedai tu dengar kut perbualan aku & hubby... then dia bagitau... sebenarnya kitaorg dapat kamera baru....kamera lama dh takleh pakai....hubby aku dah risau kut kut kena tambah duit lak... tapi lega bila dia cakap free of charge... rasa cam tak caya lak dapat kamera baru....yahoo.....tq...tq..tq..

Tuesday, December 9, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam semua.... dah lama tak melayari alam siber nih... kesibukan yang melanda semenjak dua menjak ni menyebabkan aku tak sempat nak update blog.... busy yang amat sangat... sebabnya... aku dinaikkan pangkat kt tpt kerja... so bertambahlah tanggungjawabnya... Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran padaNya... atas kurniaan ini.... masa cuti ni la aku peruntukkan masa untuk update blog dan segala2nya.....

dipendekkan citer... aku nk ucapkan selamat hari raya AIDILADHA buat semua... tahun ini aku buat korban aqiqah buat AZFAR HAMIZAN.... untuk entry kali ni sorry takder gambar raya coz kamera tertinggal kat umah... sorryla ekk...

HOLIDAY AT BUKIT TINGGI (PART 2)



ni ambil gambar kat dalam bilik & depan hotel..

Monday, November 10, 2008

Holiday at Bukit Tinggi Resort


pada 25 ogos yang lepas aku, hubby, azfar dan dua orang kakak aku pegi menginap di Tropical Colmar Resort, Bukit Tinggi. actually percutian ini tak dirancang sama sekali... tapi disebabkan kakak aku nak bercuti.. so... akupun surf la kat internet... tpt yang sesuai utk bercuti dan dekat dengan kl dan pahang... tiba2 teringat la kat bukit tinggi ni... so apalagi... tgk jer website dia pastu harga bilik pun ok so akupun booking la melalui internet.. maka menginap la kami selama satu malam sahaja kat sana...


kami tiba agak lewat lebih kurang jam 6 petang disebabkan kami lewat bertolak dari pekan.. so after check in.. rehat dan solat maghrib... then makan ringan sementara makan malam. selepas isyak kami pun kuar utk makan malam... on the way nak gi makan tu.. kami dihiburkan dengan pertunjukan pentas oleh pihak hotel.. terhibur jugaklaa.... after that kamipun g dinner... bole tahan mahal laa... harga makanan kat sini...tapi nak buat camner... no choice terpaksa la makan gak walaupun tak sedap.....


selepas makan kitaorg ronda la kejap kat luar hotel tu yang bertemakan ala bandar orang putih.. dengan cuaca yang sejuk... terasa lak cam tinggal kat oversea.... sempat la ambik gambo... Pastu kitaorg balik bilik dan tdo...


esoknya seawal jam 8 pagi.. kitaorg g breakfast.... nasib baik makanannya ok.. macam2 ada.. maklumlah buffet breakfast... ada nasi lemak, roti bakar, bubur, cereal dan mcm2 lagi...buffet breakfast ni termasuk dalam room charges.. so rugila klau tak makan... so.. apalagi... selagi bleh makan... makan ajela....


selepas makan sempat la ambik gambo... pastu kitaorg g kat rabbit park... azfar dan sepupu2nya gembira bebenor... excited tgk rabbit dan dapat pegang rabbit....


then kitaorang g kat japanese tea garden... best gak tpt nih..... bole tgk umah org jepun, camner nak pakai kimono, camner nak serve teh dan macam2 lagi... agak penat juga kat sini sebab taman ni besar.... after that kami singgah di kedai cenderamata... so belila cenderamata untuk kenang2an. aku beli patung pakai kimono... sepatutnya ada satu tempat lagi yang kitaorg kena lawat iaitu taman botani... tapi masing2 dah penat so terus balik bilik dan check out....


keseluruhannya... okla klau nak bersantai...pada pendapat aku tpt ni sesuai untuk org berbulan madu.... sebabnya... tptnya sunyi... udaranya segar... sejuk... tak yah pakai aircond pun takper...

tapi untuk famili pun ok gak kalau nak rasa suasana ala ala duk kat oversea.....ok itu aje ...jumpa lagi

Saturday, October 25, 2008

Friday, October 24, 2008

azfar kena chicken pox

aku nak sambung citer yang lepas... sebelum aku buat majlis open house & birthday azfar hari tu.... begini citernya.... seminggu sebelum birthday azfar iaitu hari sabtu.. aku g open house kat umah member hubby aku... masa tu azfar ok jer bole main dengan kawan2 dia kat sana.. keesokkan harinya ada lagi satu open house kawan hubby aku kat klang... waktu tengah hari tu dah start panas badannya.. dia pun dah merengek2 serba tak kena... after that kitaorg decide nk bawa g klinik.. dr pun masukkan ubta buntut coz demam dh tinggi... 39 0C. pastu balik umah aku tgk ada bintik2 kat muka dan leher dia.. tanya hubby aku... dia kata cam campak je.... esoknya kitaorg g klinik skali lagi utk confirm... memang sah la azfar kena chicken pox...aku terpaksa ambil cuti 2 hari coz kebetulan pengasuh azfar pun tak sihat.... kesian aku tengok dia....bukan setakat demam campak jer... batuk dan selesema pun ada... sampai 1 hari tu dia nangis tak kluar suara... sumernya serba tak kena.... minum susu pun kurang apatah lagi makan...asyik minum air masak jer....ibu mana yang tak risau....sampai kurus kering jadinya....

aku bekerja semula pada hari rabu.... azfar masih lagi demam dan campaknya semakin banyak sebab aku bagi minum air kelapa... keluarga mertua aku pesan suruh bagi air kelapa supaya cepat keluar....
sumer tempat ada campak tapi yang paling banyak kat badan dan muka... kat tempat sulit pun ada... besar lak tu...tu yang aku kesian tu....
pada hari khamis aku g keje cam biasa.... after lunch pengasuh azfar call aku bagi tau demam dia tak turun gak walau dh bagi ubat... aku pun apalagi terus balik dan call hubby aku nk bawa azfar g klinik...
sampai kat klinik... azfar nampak tak bermaya... aku makin risau... rasa cam lambat jer masa tu berjalan.... tiba giliran aku untuk jumpa dr... aku cepat2 g masuk bilik.... dr check suhu badan azfar 40 0 C... memang tinggi... dia menyarankan aku pergi emergency dpmt... coz katanya azfar kekurangan air dlm badan.....so lepas dapat suarat dari dr... aku dan hubby aku bergegas ke emergency dpmt kat hospital sg buloh....

setelah di check oleh jururawat kat ctu.. azfar diberi ubat buntut sekali lagi..pastu... dia menyuruh aku mandikan azfar dengan air sejuk... apalagi.. menjerit la azfar waktu tu.....
mummy... sejuk.... mummy... sejuk... nak pakai pampers.... itulah perkataan yang diulang2...selepas itu aku menunggu untuk rawatan dari dr lak.... aku pujuk azfar dan bagi dia susu... nasib baik dia nak.... selepas aku jumpa dr... dr menyuruh nurse bawa aku ke wad sementara.... azfar kena masuk 1 botol air....nasib baik lepas tu suhu badannya turun...

yang kelakarnya... dia tak nak tdo kat atas katil, nak tido kat stroller dia... aduh... sabar jela... pastu suruh aku buka tempat nurse cucuk jarum.....

lebih kurang 3 jam azfar dibenarkan balik... Alhamdulillah....
itulah citernya.... aku hampr2 tak nak buat open house hari tu memandangkan azfar tak berapa chat.... masa birthday party tu pun dia asyik meragam jer... nasib baik hubby aku ada...

Tuesday, October 21, 2008

Majlis Rumah Terbuka & Birthday Azfar

Pada 18 Oktober yg lepas genaplah umur azfar 2 tahun.... sempena bulan syawal ni.... aku mengambil kesempatan untuk buat open house dan birthday azfar sekali..... aku buat secara ringkas jer... jemput jiran yg dekat umah, ofismate aku & hubby.... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah yang tak dapat dielakkan...
menu utama kami adalah laksa penang. desertnya pula laici kang dan yang paling digemari ramai kek coklat yang aku buat sendiri ..(klau nk resipi tunggu post yqng akan datang k...)
pada mulanya aku nak buat laksa penang & bihun goreng special... tapi disaat akhir aku tak dapat menyiapkan bihun goreng coz kesuntukkan masa.... sebabnya sumer aku kena wat sendiri....
majlis aku start kul 2 ptg sampailah kul 9 mlm....bole tahan ramai tetamu yang hadir bersilih ganti... nasib baik tak datang serentak... klau tak ada yang kena duk kat luar umah coz umah aku comel jer......anyway... terima kasih bebanyak pada sumer yang sudi hadir kat umah aku tempoh hari... mintak maaf klau ada yang terlebih atau terkurang...InsyaAllah tahun depan klau dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki, aku akan buat lagi.... seronok rasanya....walaupun penat melayan.... tapi hati puas...
actually ada satu cerita yang aku nk share dengan korang tapi bukan sekarang... next coming post kay.... so tunggu.......


p/s: sorry tak banyak gambo.... busy sesangat....sampai takder masa nk ambil gambo...

Happy birthday Azfar Hamizan 2 yrs


Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...

Happy Birthday To Azfar hamizan....

Happy Birthday To You...

selamat hari lahir azfar yang kedua tahun.... mummy doakan semoga Azfar sentiasa dilindungi olehNya, menjadi orang yang berjaya bila dewasa kelak serta anak yang soleh dan taat kepada Allah dan kedua ibubapanya.... segala yang terbaik hanya untuk mu.... mummy sayang azfar....


Tuesday, October 7, 2008

syukran

Alhamdulillah syukur nikmat... akhirnya aku berjaya juga membuat blog sendiri walaupun mengambil masa yang agak lama untuk aku berbuat demikian.... bukannya apa... klau kat office aku xleh nk buka blog ni... sekadar tgk je bole la tp xleh nk edit @ tambah apa2... besala ofis kan tpt kita keje bukannya nak buat sesuka hati....

Dipendekkan citer... aku telah melanggan dengan celcom broadband... so... x susah lagi untuk aku update blog atau nk share apa2 dengan korang sumer... so lepas ni bole la kita chit chat @ mengetahui apa yang ada kat sekeliling kita...

untuk pengetahuan korang sumer... yang memberikan aku inspirasi untuk buat blog ni adalah kawan baik aku masa kat upm dulu.... saper lagi kalau bukan LISA... buat lisa terima kasih byk2 sebab dr blog dia aku dapat rasakan yang dia dekat dgn aku walaupun sebenarnya kita berjauhan.....

aku rasa cukuplah setakat ini dulu untuk kali ini.. hari pun dah lewat malam ni... ada masa kita sambung lagi k... selamat malam

Related Posts with Thumbnails