ads nuffnang

Thursday, November 4, 2010

cerita Hari Ini

Hari ni aku terpaksa ambil cuti gara2 kene buat ujian MGTT sekali lagi. Sepatutnya aku kene buat masa kandungan ku berusia 28 weeks tp disebabkan dr. klinik kerajaan "overlook" akan rekod buku aku... nk x nk kene buat dlm minggu ni jugak bagi memastikan sama ada aku ada kencing manis @ tak... Ini disebabkan oleh Arwah mak aku dulu memang ada kencing manis so walaupun aku xder kencing manis tapi kene buat MGTT jugak..

nk tau kenapa aku kene buat hari ni? sebabnya klau klinik kerajaan utk buat MGTT adalah pada hari Jumaat. memandangkan Jumaat ni adalah Deepavali so xleh buat. nk buat minggu depan lak takut nnti x dpt result lagi aku dh beranak.. ini pulak aku dah masuk 38 weeks.. so dr. suruh aku g kt klinik swasta utk dapatkan result sebelum check up yg seterusnya pada hari Selasa depan...

Untuk pengetahuan bagi ibu2 yang bakal mengandung terutama yang ada masalah macam aku ni (maksudnya yang ada sejarah kencing manis walaupun kita x kene tp ahli keluarga yg kene) MGTT memang kene buat at least 2 kali. Biasanya ujian akan akan dilakukan pada awal mengandung & akan diulang ketika kandungan mencecah 28 weeks... so klau buat sekali jer rasanya x ok .

kenapa kita perlu buat MGTT??
supaya Dr. tahu samada kita mendapat kencing manis @ x dalam waktu kita mengandung.. sekiranya kita ada kencing manis sewaktu kita mengandung, kemungkinan besar kita akan "dipaksa" untuk bersalin secara "induce" mengikut tarikh jangkaan bersalin yang diberikan oleh Dr. sekiranya kita x bersalin lagi sehingga tarikh jangkaan bersalin. yg penting tarikh tersebut tak boleh lebih dari tarikh jangkaan bersalin kerana:
1. dr. bimbang baby akan lemas dalam perut.
2. air ketuban akan berkurangan.
3. baby boleh membesar dengan cepat.

manakala bagi yg tidak mengalami masalah ketika pregnant sekiranya tidak bersalin lagi pada tarikh yang dijangkakan, janganlah bimbang, biasanya Dr. akan beri tempoh selama 1 minggu @ 10 hari selepas tarikh jangkaan. insyaAllah... tapi klau 10 hari pun xde rasa nk bersalin, cepat2 g hospital utk dapatkan rawatan.

ini dari pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama, anak saya lahir semnggu lewat dari tarikh jangkaan...

ok ni ada sedkit info utk dikongsi berkenaan dengan MGTT

Ujian MGTT adalah utk mengesan Diabetes @ kencing manis bagi mereka yang berisiko mengalaminya. Ia memerlukan pengambilan darah sebanyak 2 kali dan mengambil masa sekitar 2 jam diantaranya. Satu sampel darah diambil setelah 8 jam berpuasa. kemudian, ibu diminta meminum air mengandungi 75 g glukosa & diminta menunggu selama 2 jam lagi sebelum satu lagi sampel darah diambil. (biasanya dr. akan suruh ibu berpuasa bermula pada jam 10 mlm dan sampel darah akan diambil keesokan harinya pada jam 8 @ 9 pagi)

jika didapati tidak normal, iaitu pada paras diabetik, ibu hamil ini akan diminta menjalani satu siri ujian darah profil glukosa darah bagi 4 waktu dalam sehari sebelum ditentukan sama ada perlu mengambil rawatan suntikan insulin atau hanya memadai dengan modifikasi pemakanan sahaja.

Wednesday, September 29, 2010

info utk sakit belakang

ok ni info yang aku dapat pasal sakit belakang... untuk di kongsi bersama... untuk maklumat lanjut sila klik disini


Jagalah Tulang Belakang Anda
Sakit belakang semasa hamil adalah fenomena biasa, tapi anda boleh mencegahnya.
Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil. Antaranya, ramai wanita yang mengadu sakit belakang atau pinggang, tetapi anda tidak perlu mengalaminya. Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil
Perubahan postur badan
Perubahan pada taburan berat badan
Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
Keletihan otot-otot.




Senaman membantu!
Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih dan berklorin.
Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.
Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina kekuatan dan tona otot






sakit belakang




semenjak kebelakangan ni aku sering mengalami sakit belakang yang amat sangat sehinggakan tak boleh nk buat kerja. sakit belakang ni aku kene semenjak hari raya tempoh hari... may be masa tu banyak buat kerja kut... ( nnti aku update gambo raya yer)... bila sakit belakang datang aku jadi serba tak kene.... pernah satu hari tu kat tempat kerja.. aku gelisah.. duduk tak kene... berdiri pun tak kene... sampaikan member opis risau tgk keadaan aku... ingatkan dh nk bersalin.... tapi aku xder rasa nk bersalin pun cuma sakit belakang ni yang mengganggu aku utk buat kerja... masa mengandungkan azfar dulu xdela aku kene cam ni....pastu lak tempat yg paling sakit adalah di sebelah tepi kanan... klau urutpun rasanya cam xder apapun... besanya klau kt umah aku terpaksa baring dahulu utk kurangkan sakit belakang tu tapi kt opis nk wat camner??? xkan time keje kita nk baring lak even dah letak bantal kat kerusi pun still rasa sakit gak... kepada ibu yg pernah mengandung ada x alami masalah yg aku alami ni???

kadang2 aku duk cam ni utk kurangkan rasa sakit belakang.....

Monday, August 23, 2010

penatnyer...

sepanjang bulan pose ni baru hari ni aku drive sendiri kete g opis sebabnya hubby aku keje malam.. nk x nk kene drive gak... klau hubby keje siang kitaorg g keje dengan merempit jek coz lagi cepat dari bawak kete... tapi agak seksa jugak waktu time balik mesti bontot aku sakit sebab lama sangat duk atas motor...apakan daya itu ajer cara utk sampai ke rumah dengan cepat.... klau dgn kete maybe kene berbuka dalam kete... lagipun taska tpt azfar dah pesan kene ambil awal dalam bulan pose ni.. kita pun kene pk kat dia jugak kan.... entah dia nk masak ker nk g bazar ramadhan ker...

so hari ni memang amat penat bagi aku... apa xnyer memula bole budget sampai umah dalam kul 6.30 ptg tapi disebabkan jem kul 7.00 ptg jadinya... seb baik hubby dah beli juadah utk berbuka.. aku cuma buat air dan siapkan meja makan utk berbuka....

ok berbalik pasal drive kete hari ni... bila kene jem cam tadi.. rasanya nk jer tukar kete pakai gear auto... x yah nk tukar2 gear kan... aku cakap kat hubby aku.. dia sengih jer... klau jemnyer sekejap xper leh la tahan.. ini... lama tu... asyik masuk gear 1 pastu gear 2 pastu berenti... kalu la kete boleh modified utk terbang kan bagus... yang pasti memang penat... x terkata..... so moral of the story.. klau duk area bandar2 besar ni lebih baik pakai kete auto berbanding manual.... aman hidup...

salam Ramadhan

pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa di bulan Ramadhan.. rasa cam sekejap jer masa berlalu.... Setakat ni Alhamdulillah aku masih boleh meneruskan ibadah puasa tanpa sebarang halangan... Syukur Alhamdulillah....
dan tak disangka juga pada tanggal 21.08.2010 yang lepas maka genaplah usia perkahwinan kami yang ke -5 tahun... begitu banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi bersama & Alhamdulillah kami masih dapat melayari bahtera bersama... Diharapkan perkahwinan yang di bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.... InsyaAllah....
terima kasih kepada my dear hubby yang banyak membantu aku di saat aku memerlukan.... i LOVE U SO MUCH FOR TODAY TOMORROW & FOR EVER.... For my lil boy... mummy sayang Azfar sangat2... walaupun mulut mummy ni bising tapi niat mummy nk ajar Azfar supaya jadi orang yang berguna & pandai bawa diri bila dewasa kelak..... marah tu tandanya sayang.... tapi lately ni memang Azfar buat perangai.... may be dia tahu lepas ni dah xleh nk manja seperti dulu.... boleh dikatakan setiap hari dia pasti nangis... (tapi bukan nangis kuat la cuma terlalu sensitif) pantang tegur sedikit jer pastu air mata berlinangan..... hai sedey la plak...
ok... ni nk citer lak pasal cuti hujung minggu baru ni... memandangkan hari sabtu is our Anniversary so hubby ajak aku berbuka puasa di luar... so apalagi pucuk di cita ulam mendatang ler.... kami berbuka puasa di Restoran masakan Siam di Seksyen 13 Shah Alam... x ingat lah nama restoran tu.. tapi yang pasti restoran tu pernah dikunjungi oleh Jalan Jalan CAri Makan masa Maria Tunku Sabri jadi Host dan pernah masuk dalam majalah RASA tahun 2003 klau x silap la.... mulanya aku nk ajak makan kat hotel tapi disebabkan x buat tempahan so kitaorg makan ajer kat restoran ni... boleh dikatakan lauk yang dihidangkan memuaskan hati dan berbaloi dengan harganya.... kami berbuka bersama adik hubby aku.... sebelum pergi berbuka aku berhajat nk scan perut ni.... nk tau baby girl ke boy tapi rezeki x menyebelahi kami coz masa sampai kat klinik yang biasa kami kunjungi, klinik dah nk tutup... kebetulan pula dr ada hal xleh nk tunggu... so terpaksalah membatalkan niat utk scan... lain kali jerla... masih ada masa lagi... lepas jer booking utk berbuka kami pergi ke bazar ramadhan kat stadium Shah Alam... YA Allah punyalah ramai orang bersesak-sesak untuk membeli juadah berbuka puasa... maklumla kan hari sabtu orang x keje... for sure temapt ni menjadi tumpuan.... macam2 ada... sampaikan aku x tahu nk pilih lauk apa untuk bersahur.... last2 beli gulai kawah itupun dah hujung2 jek... ( sorry xder gambar coz kamera tertinggal kat umah).....
pada pagi sabtu tu lepas kemas rumah aku buat puding karamel... nk resipi x?
nnti aku postkan dalam next entry k...
hmmm... semalam lak kitaorg g ke Ulu Kelang area TAman Permata semata mata nk beli breast pump yang aku idam2kan... yelakan masa ni tengah sale kalu x beli rugi lak rasanya... aku dapat info utk beli breast pump ni kat dalam majalah PAMa... kebetulan mmg aku tgh cari dan harganya berpatutan.... so aku beli breast pump ni kat One Baby World. banyak package yang disediakan... kalu nk tau lebih lanjut tentang kedai ni leh klik kat sini jer.... pregnant kali ni memang aku berazam utk fully breast feed baby aku... doakan moga2 hajat aku kesampaian... sebabnya banyak kebaikan susu ibu ini dan tiada tandingannya.... dulu masa anak pertama x tau sangat pasal penyimpanan susu ni.... so kali ni hara2 ianya berkesan... Amin
petangnya aku masak nasi tomato & ayam masak merah untuk berbuka.... dan malam ni hubby aku kene kerja malam tinggal lah aku berdua dengan Azfar jer...
pagi tadi buat pertama kalinya kau bersahur keseorangan.... sambil layan cerita NUR KAsih walaupun dah berapa kali tengok.... klau x sahur takut nnti x larat lak nk bawa diri.. kalau aku sorang takper.. inikan berdua..... sian baby yang kat dalam ni.....
HAri jumaat ni balik kg kat Pekan... seronoknya.... dapat makan roti naik yang MAk Anjang Aku buat ( memang ngidam nk makan) & 1 lagi dapat makan steamboat kat pasar malam yang biasa aku beli masa zaman aku sekolah dulu.... hi... x sabar nk balik.... jumpa kakak2 aku......
oklah ada masa citer lagi

Monday, July 26, 2010

continue Sarawak 2nd day

Petang nya kami pergi UPM untuk menghantar anak sedara aku memulakan sesi minggu orientasi selama seminggu....
gambar ni diambil semasa menunggu teksi menjemput kami untuk pulang ke hotel
anak sedara ku memulakan sesi orientasi pada jam 5 ptg...

kami ke bilik anak sedara aku untuk tlg kemas barang2 yang dibawa... gambar diambil setelah siap mengemas... (kakak aku & anaknya)

ni plak gambar depan kolej anak sedara aku


& inilah rupanya asrama tempat menginap anak sedara aku... penat ooo panjat tangga.. dah la anak sedara aku duk kt tgkt 2....bayangkan kami mengangkat beg yang besar bawa naik ke atas dengan keadaan aku yang berbadan 2....



gambar terakhir di UPM sebelum kami bertolak ke Hotel











Sarawak 2nd Day 04.07.2010

ok.. nk citer lak hari ke-2 aku disana... biarlah dah basi ker apa ker.... yang pasti aku nk citer gak... so hari ke-2 after breakfast kat hotel kitaorg check out & jalan2 kat Bandar Bintulu... barang kitaorg masa tu letak kat Hotel Sunlight Inn ( Hotel ke-2 yg kita org booking) coz hotel ni betul2 duk kat area bandar & memudahkan pergerakan kami untuk berjalan tanpa penggunakan perkhidmatan teksi. ( nnti aku tunjukkan gambor bilik hotel ok).... so... layan gambo di bawah:


Inilah yang dinamakan Pasar Utama Bintulu.... dan sebelah Pasar Utama terdapat Pasar Tamu yang menjual pelbagai barangan hasil bauatan tangan penduduk serta sayur- sayuran yang segar.....
PAsar Utama ini mempunyai 2 tingkat dimana di bahagian bawah adalah yang menjual barang2 runcit, sayur- sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam dan sebagainya... dibahagian atas pula adalah ruang untuk menjamu selera, kedai menjual souvenir dari sarawak, kedai menjahit baju...

yang ini pula adalah bersebelahan dengan Pasar Utama... tempat untuk bersantai & boleh melihat Sungai Kemena ( klau x silap la) serta bot yang banyak... Bandar Bintulu ni berdwkatan dengan sungai & disebabkan itu juga hasil tangkapan laut di sini fresh sekali....
untuk gambar yang seterusnya adalah yang terdapat di Pasar Tamu bersebelahan dengan PAsar Utama...


Yang ini pula adalah 1 peralatan yang digunakan untuk menyabut hari Gawai... mulanya aku ingat ianya adalah ketupat mini.. tetapi setelah ditanya dengan penjual di situ dia menyatakan ianya adalah untuk adat hari Gawai....



ni plak adalah belacan yang di bungkus cantik sekali... harganya untuk 1 peket ni ( 5 pcs) adalah RM 10.00. & ada juga yang dibungkus besar.... x ingat berapa harganya...




sorry gambo terbalik puas adjust jadi cam tu gak... pandai2 la korang tgk yer...
kenal x apa yang ada dalam bakul tu??? nk tengok lebih dekat sila tgk gambar yang seterusnya..






Ha ni la rupanya kalau dilihat dari dekat.... namanya ulat mulung @ ulat sagu... di jual dengan harga RM10 1 bakul... cara masak dh tak berapa ingat cuma yg ingat dia kata goreng pun sodap... Di Sarawak memang terkenal dengan ulat mulung ni....






ok ni plak adalah ikan bilis dan udang kering... harganya boleh tahan murah juga la... aku membeli udang kering & kakak aku membeli ikan bilis & udang kering...






yang ni aku tak ingat nk panggil apa tapi kalu x silap tandan @ empulur kepada Nanas... klau kat tpt kita buang jer tapi kat cni boleh wat jual... 1 batang harganya RM2.00 biasanya dimasak dengan cara goreng cam buat sayur goreng.. katanya lah...









haaa.. ni plak nanas Sarawak yang memang popular dan manis bersari... klau kat sni RM 1 dan keatas untuk 1 biji tp kat sana 1 longgok RM2.00 jer.... murahkan... kalu ikutkan hati nk beli tapi memikirkan aku ni mak buyung terpaksalah batalkan niat.... sabo.... sabo.....




















Sarawak juga terkenal dengan makanan yang dibakar seperti ayam kat sana orang panggil manok.... so beginilah rupanya ayam yang di bakar... terutama kepak,hati, mempedal & buntut ayam... sedap ooo.... rasanya memang jauh beza dengan yang kita makan kat cni.... x tau nk describekan macam mana....











setelah penat membeli belah ... kami berehat seketika sambil menjamu mata di tepi sungai dan melihat bot2 yang ada di situ.....











sempat berposing... walaupun malas nk posing... tp pk2 nnti xder lak kenangan kat Bintulu ni... FYI... masa pregnant cukup malas nk ambil gambo... x tau la kenapa... kalu x aku lah org pertama yg nk ambil gambo...
After that makan tgh hari & check In kat hotel Sunlight Inn & rehat bcoz petangnya nk hantar anak sedara aku balik ke UPM ....


































































































Tuesday, July 20, 2010

sarawak 1st day 03.07.2010

sory lmbat update bcoz saya ni busy memanjang... so nk citer 1st day g Sarawak... malas nk citer banyak layan gambo yer.....


ni masa tengah tunggu flight nk berlepas lepas check in bag kami duk kat anjung tinjau melihat flight yang turun dan naik.. (nk perkenal dari hujung sebelah kiri... Ain (anak sedara aku) Abang MAhiyuddin (Abang Ipar aku) Atirah ( anak bongsu kakak Aku) KAk Idah (kakak aku no.2) AKU & Azfar.
ni plak masa dalam flight

sama x aku dengan kakak aku????


1st day kami menginap di LI Hua Hotel disebabkan aku x buat booking coz ingatkan banyak lagi hotel yang kosong tapi x tau lak masa yang sama Ketua Menteri ada Function di Bintulu ni... So nasib baik Pakcik teksi baik hati tlg kitaorg cari Hotel... sampai di UPM lebih kurang kul 3.30 pm. then Ain terus daftar so kami berdua tunggu kat khemah sambil berborak dengan ibu bapa student lain...
after letak barang kat bilik lebih kurang kul 5.30 ptg kitaorg pun kuar dr UPM & cari hotel... Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami... walaupun agak jauh dengan UPM tapi nk wat camner.. itu ajer yang ada... dah la susah nk cari makan...
malamnya after solat Isya' kami nk cari makan malam, tapi tgk kat coffee house hotel ada buffet dinner... so apalagi makan kat hotel aje la coz kat luar xder restoran Islam... kebanyakan Restoran cina.... so utk buffet dinner kami dikenakan RM15.00 seorang oklakan.. xder la mahal mana pun... tapi... masakannya memang tak kene dengan selera kita.... lepas makan kami kuar kejap cari kedai runcit nk beli roti @ snek ringan utk elakkan perut dari kosong....
after that balik bilik layan bola world cup... x ingat dah saper yang lawan... yang pasti tv yang tgk kami bukannya kami yg tgk tv coz kepenatan yang amat......




Tuesday, July 13, 2010

Sarawak Here We Come.....

Just nk bagi info on 3rd to 5th July 2010, aku bersama kakak kedua aku dan anak sulungnya telah selamat sampai di Sarawak Bumi Kenyalang.... Agendanya adalah menghantar anak kakak kedua aku masuk UPM cawangan Bintulu..... Disebabkan ada bad history masa naik dengan Air Asia.. maka aku memilih untuk naik flight MAS AIRLINE. Ternyata berpuas hati dan lebih dari itu.. dan harga tambangnya juga lebih kurang sama dengan harga Air Asia.....
Klau naik Air Asia... dah tentu kene berebut untuk naik flight.. dah la kene naik tangga... makanan lak nk kene beli.... xder free punya... even souvenir pun nk kene beli.... & lagi 1 beg tak boleh lebih dari 7 kg.. klau lebih kene bayar daa....
So itu yang membuatkan aku prefer untuk naik MAS.... Memang berbaloi.. tapi kene tempah tiket awal la.. & klau nk lagi murah tambangnya... masuk dalam GET THE DEAL... sure dapat tiket murah.... x percaya... try laa...

Apa yang best naik MAS adalah :

1. x payah susah nk pk bawak beg berat mana coz free 20 kg....
2. tempat menunggu yang selesa siap leh browse internet lagi...
3. x perlu panjat tangga macam Air Asia... jalan terus masuk dalam perut Flight...
4. keutamaan di beri kepada famili yang ada anak kecil, pregnant lady (macam Aku), serta warga emas dan etc..
5. Makanan pun sedap... mmm.. memang lazat... masa pergi bintulu menu dia adalah nasi beriani atau nasi putih kari ikan, air jus oren, jambu batu, mineral water, desert lak coklat ferero rocher, kek buah serta hot drink coffee or tea. (sorry tak sempat nk ambil gambar menu tersebut coz terlalu sedap menikmati hidangan sehingga kekenyangan... lagi 1 malu kat jiran sebelah nnti cakap kita ni macam orang jakun lak tak pernah naik flight. he... he... he...
Masa balik ke kl menu dia adalah murtabak daging & nasi goreng serta satay....

so memang jauh beza servis yang disediakan berbanding Air Asia.... bukan lah aku nk memburukkan Air Asia... tapi kalu harga tambangnya lebih kurang sama lebih baik kita pilih yang terbaik kan... x tau la... apa kata korang pula...

okla kut untuk n3 ni... nnti aku sambung lagi pasal cite aku g Bintulu ni...



Monday, June 28, 2010

hajat ku....

sekarang ni aku tengah sibuk mencari electric breast pump sebabnya hajat ku mengandung pada kali ini klau boleh aku nk bagi full breast feeding untuk 2nd baby yang bakal lahir pertengahan bulan November nanti. sebabnya masa azfar dulu sempat 3 bulan jer... so... thats y kali ni kalu boleh aku nk bagi sepenuhnya breast feed untuk 2nd baby..... lagipun susu ibu kan banyak khasiat berbanding susu formula..... ianya juga menjimatkan kos untuk membeli susu... so... setelah di google jumpalah 3 jenis yang paling ramai orang guna seperti di bawah ni...

Ni model Spectra 3

Ni plak model medela mini electric breast pump


Dan yang ni jenama AVENT...
Jadi aku nk minta pendapat korang sumer yang pernah pakai electric breast pump ni la kan... boleh tak bagi cadangan yang mana yang lebih baik... dari segi maintenance, cara pengendaliannya dan yang paling penting mudah untuk aku perah susu waktu office hour... ada sesiapa yang tau leh bagi tau kat aku ni... kalu ikut hati sumer nk beli... tapi kita mesti nk yang terbaik dan berbaloi betul tak?
oklah dulu untuk kali ni




Tuesday, May 18, 2010

AKU TERHARU

Dah lama tak menulis di blog... sebabnya banyak sangat perkara yang berlaku semenjak dua menjak ni.... sampaikan xde masa utk membuka blog... apatah lagi membaca blog kengkawan... ni pun curi2 maa yang ada....

ringkasnya ada beberapa perkara yang berlaku dalam masa sebulan lebih ni..

antaranya:

1. sukacita dimaklumkan bahawa CONFIRM aku pregnant... Syukur Alhamdulillah.... sekarang dah masuk 3 bulan 2 minggu...pregnant kali ni agak berbeza dengan yang pertama... aku mudah letih & tak bermaya... makan pun kurang selera apatah lagi kalau aku yang masak sendiri... & yang paling memenatkan morning sickness setiap pagi... lebih teruk dari dulu...asal gosok gigi jer sure muntahnyer... tu yang membuatkan aku penat...

pastu lak ditambah dengan karenah azfar yang lebih manja dengan aku semenjak aku pregnant ni... nk tido atas riba... susu nk mummy yang buat... dan segala bagai... diapun dapat rasa kut sebab x lama lagi dah x bole nk manja macam dulu... tapi bila di tanya nk baby x? dia suka sangat nk pulak kalu dapat baby girl... hai bertambah keletah anak teruna aku tu... segala benda dia nk tau...

2. pasal azfar lak... dah sebulan aku hantar kat taska... sebabnya... pengasuh yang aku hantar dulu buat hal... memang firasat aku betul sejak dari mula aku hantar azfar ke umah pengasuh... tapi aku buang jauh2 perasaan x sedap hati tu... tapi bila ada orang yang menyampaikan sendiri kat aku.... sapa yang x geram dengan apa yang dia buat.... walaubagaimanapun hanya Tuhan sahaja yang tau.... sebagai manusia aku x nk menghukum sendiri... setiap apa yang dia buat ada pembalasannya...
tapi sekarang Alhamdulillah semenjak duduk di taska ni buakn setakat makan, main & tido sahaja tapi dia jugak dah mula belajar dan ada kelas mengaji... semoga Azfar menjadi anak yang soleh amin...

3. baru2 ni aku bercuti ke Perak dan Kedah sebabnya nk kenal keluarga sebelah hubby aku & nk ambil barang adik ipar aku yang dah habis belajar di UUM Sintok Kedah... sayangnya aku terlupa nk bawa kamera.. maklumlakan orang tengah pregnant memang tak larat sangat... letih yang teramat... apatah lagi berjalan jauh... sempat singgah di zon bebas Bukit KAyu Hitam... dan membeli sedikit buah tangan utk rakan opis... on the way balik ke Perak aku singgah di gerai tepi jalan untuk beli limau bali yang memang aku idamkan....sungguh sedap... masuk jer dalam kereta jam2 tu gak aku makan... ha ha ha.... x senonoh kan.. kereta memang dah sarat dengan barang adik ipar aku so... xleh nk beli banyak2 sampaikan terpaksa letak kat bahagian kaki bapa mertua aku kat bahagian depan....

4. sekarang ni aku tengah sibuk menguruskan untuk kemasukan anak buah aku ke ipt... sorang dapat kat UITM Dungun & sorang lagi kat UPM Bintulu... & kemungkinan besar aku kena g Bintulu pada 1 Julai ni...


dan yang terakhir.... yang membuat aku terharu.... semalam aku & keknkawan opis makan kat pizza hut Kota kemuning... seperti biasa aku cuba elak minum air yang bergas... tapi x sangka lak air yang aku pesan passion tea... tu bergas jugak... aku minum seperti biasa ... tapi masa aku nk solat... tengah ambil wuduk tetiba pinggang aku rasa sakit sangat... macam orang nk period... Ya Allah risaunya aku masa tu... nk duduk pun dah rasa tak selesa.. kawan opis aku kata kalu bleeding cepat2 g klinik... lagi la aku risau... sampai balik still rasa sakit gak... hinggalah ke saat ini.. kebetulan lak hubby aku keje malam... sampai aku pesan kat dia kalau aku call suh balik make sure balik...
may be sebab aku cakap macam tu... acap kali dia msg dengan aku tanya conditon aku camner... tu yang buat aku terharu... tq so much hubby for your support & prihatin terhadap isterimu ini... aku terharu sangat2...

oklah dulu untuk kali ini...

sorry xder gambo... ad masa kau upload k...






2.

Thursday, March 25, 2010

Awas Penggemar KOPITIAM

Cerita ni aku ambil dari email yang aku terima pada hari ni... amat terkejut bila baca tajuknya....

HIDANGAN KAKI KATAK DALAM MI DI SEBUAH KOPITIAM TERKENAL

Subhanallah.... korang ada baca berita utusan hari sabtu yang lepas tak??? klau x sempat baca..... ni ha aku copy semula....


Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.
Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
"Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
"Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
"Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan," katanya di sini hari ini.
Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.
Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
"Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ni aku pernah juga makan di kedai kopitiam tapi selepas aku dapat email berkenaan status halal kopitiam tersebut terus rasa tak selamat untuk pergi ke sana...

Ditambah pula dengan berita ini... mmg sah "diorang" ada menyediakan makanan yang tak halal dalam premisnya....

dan yang lebih menyedihkan kebanyakan restoran kopitiam ini di langgani oleh orang melayu kita yang beragama Islam.... Diharap ada pihak yang mengambil tindakan yang serius berhubung perkara ini... dan kepada kengkawan yang suka makan di kopitiam ni... cubalah elakkan....
masih banyak lagi restoran melayu yang boleh kita pergi...

renung- renungkanlah.....

Wednesday, March 24, 2010

kuat makan

hooolaaaaa..... dh lama menyepikan diri sebab keje banyak daaa... walau pun dah abis exam aku still ada 1 final projek yg perlu diselesaikan sebelum bulan Jun... so.. sekrg tgh duk sibuk mencari maklumat yang diperlukan.....

ok... yang seterusnya.... aku just nk share dengan korang sumer... semenjak kebelakangan ni kan... selera makan aku makin bertambah... susah betul nk kawal... sebagai cth utk hari ni... pagi bekfes dgn nasi lemak, tgh hari aku makan nasi campur, rehat ptg td lak aku dah menghabiskan semangkuk mee sup + pisang grg... ish apa nk jadi ni...lagi satu aku rasa cam mengidam pun ada... nk makan itu la ini la.... persoalannya... adakah aku pregnant???????? atau mmg selera makan aku yg tidak dapat di kawal....

apa apa pun tunggu hujung bulan ni utk tahu keputusannya... ok...

Monday, March 1, 2010

fuhhhhh..... lega



fuhh... lega rasanya....sebab semalam adalah hari terakhir aku menduduki exam.... tapi yang x bestnyer... soalan memang mencabar giler.... subject corporat management...bak kata coordinator aku saper yang dapat A boleh jadi pengurus besar.... sekejap jer masa berlalu dh nk abis study aku tinggal project paper jek lagi.... walau apapun rasa lega sangat sebab dah xyah nk pk utk study lagi... rasa cam beban kat kepala ni dah lenyap....InsyaAllah konvo bulan 10 ni klau xder aral melintang... semoga Allah merahmati niat ku... Amin....

petangnya hubby aku ajak g sunway piramid coz sian kat anak teruna aku tu dah janji dengan dia nk bawa g jenjalan... (sbb cuti 3 hari x g memana memandangkan aku nk study) sebelum g piramid kitaorg g kat taman riadah dekat dengan kelana jaya yang depan giant tu sebab nk bagi Azfar main puas2 kat situ... pastu baru kami g Sunway Piramid tapi kat sana pun Azfar dah "pau" papa dia nk naik buaianla, kuda la... aeroplane... ---- layan jerk.... sorry xder gambo sebab lupa bawa kamera...

pastu kitaorg dinner kat Pizza Hut... bila g Pizza Hut ni teringat lak zaman aku keje dulu... syok oooo.... tapi yang buat aku happy sebab Azfar makan sangat banyak... mula2 makan mushroom soup abis 1 mangkuk, pastu makan spagheti chicken carbonara, pastu makan pizza cheezy lak.... may be sebab masa ngandung dulu aku keje kat piza so azfar pun dah terikut sama nk makan pasta @ pizza jer... apa2 jer la jajnji dia suka makan...

Friday, February 26, 2010

asam pedaas dah jadi arang

nampak x dalam periuk tu ada apa?.... semuanya dah hitam jadi arang & periuk tu dah berlubang.... ni aku nk story ni kat korang sumer.. mcm mana jadi begini....

ok.. ceritanya begini....

minggu ni hubby aku kerja malam... so klau hubby aku kerja malam aku akan masak lauk utk dia makan waktu siang....kejadian ni berlaku 2 hari yang lepas... aku masak asam pedas pari... paginya aku x sempat nk panaskan lauk... so hubby aku panaskan la lauk tu dengan api yang kecil.... pastu dia terlelap @ tido & x ingat yang dia tgh panaskan lauk atas dapur..... dia sedar jer tgk periuk dah jadi macam dalam gambar ni.... dah sampai berlubang dan semuanya jadi arang... Syukur pada Tuhan x jadi apa2 kat umah tu... klau x... x taula camner... mau sehelai sepinggang tinggalnya... dah la umah kitaorg duk kat tgh2....lepas jer dia tutup api dapur terus dia call aku bagitau keadaan yang sbenarnya....terperanjat aku... tapi xder la aku marah dia... yelakan dah nak jadi cuma aku nasihat kat dia kalau nk panaskan lauk buat alarm kat hp supaya x jadi lagi mcm ni.... so utk yang lain beringat la sebelum kena....

pasal periuk ni aku x kisah sangat.... tapi nyawa lagi penting


selamat pengantin baru utk Nani & Along

salam semua dah lama x update blog.. ni baru ada kesempatan... just nk share memori sepanjang bulan februari ni..

so awal bulan 2, iaitu pada 5 & 6 Feb 2010 telah berlangsung Majlis perkahwinan sepupu aku kat Pekan.. so layan gambor yer...

ni masa malam berinai...bergambar bersama pengantin, mak pengantin dan kakaknyer & mak sedara

ni plak aku jadi bidan terjun kene jadi pengapit pengantin.. x pasal2 aku lak disuruh padahal ada jer anak dara... sajer nk dera aku sebab lama x balik kg...

keluarga aku bergambar bersama pengantin


masa ni dah kul 1 pagi.. baru nk pakai inai utk pengantin.. aku dengan kakak aku yg duk kat kelantan tlg pakaikan inai kat pengantin.. kul 2.30 pagi kitaorg balik umah...



haa... ni plak pengantin lama naik pelamin daa..... alamak! x balance laa... perasan X? hahahaha..





ni anak teruna baru bangun.... tgh merajuk...




selamat pengantin baru Nani & Along... semoga kekal hingga ke anak cucu






masa nk bersanding








kenal x saper ni??? hahaha... sempat posing lagi....







seperti biasa keluarga aku akan ambil kesempatan utk bergambar bersama. ok ni aku nk bagitau adik beradik aku...
baju purple kiri ~ aku
duduk kiri kat kerusi ~ kakak sulung aku Kak Ani
duduk kanan kerusi ~ kakak no 2 yg duk kelantan Kak Idah
berdiri sebelah kanan ~ kakak no 3 Kak Ura
yang depan kecik2 tu sumer anak buah aku & 1 org anak aku... ank buah x sumer yg ada.. ni yg sempat di cekup utk ambil gambor





















Wednesday, February 3, 2010

Alahai Azfar

Dah lama aku tak cerita pasal anak teruna aku ni.... ehh... dah teruna ker??? apa2 jerla... tapi apa yang pasti semalam gelagatnya menyentuh hati aku sebagai seorang ibu......

apa yang dilakukan pada aku sangat berharga walaupun ianya kecil sahaja... untuk minggu ni aku terpaksa tidur berdua sahaja dengan Azfar sebab hubby aku kene kerja shift malam buat pertama kali dalam sejarah dia bekerja... katanya company nk cut cost....

so malam tadi ibu jari kaki aku sakit sangat... sedang aku duk belek kaki aku tu... azfar datang tanya...

azfar : mummy, mummy sakit kaki yer....

aku : a'ah sakit ni berdenyut2. jangan usik tau... sakit ni

azfar : ok... azfar tgk jer....

pastu kan dia masuk bilik ambil ubat utk aku... ubat yg biasa aku pakai utk kaki...

azfar : ni mummy letak ubat ni... nnti cepat baik (dalam bahasa dia la)

masa tu kan terharu aku dengar dia cakap... tanpa aku suruh dia boleh ambil ubat tu dan tau lak ubat tu gunanya utk apa....

mummy : terima kasih azfar... (mmmuahhh)

azfar : same2

lepas aku letak ubat tu... trus dia simpan balik ubat tu....

hai dah besar anak mummy ni.... sekarang ni pun dah tak pakai pampers lagi melainkan masa utk tidur jer....

utk azfar... mummy bangga sangat dengan apa yang azfar buat utk mummy...

Monday, February 1, 2010

aku teraniaya

Apa perasaan korang klau dituduh membawa mulut padahal kita x buat pun benda tersebut?.. mesti sakit hati kan & nk bersihkan nama kita yang sedia buruk... begitu lah yang aku alami sekarang ni... kerana orang lain yang cakap... aku pulak yg dituduh membawa cerita tersebut... begitu -ve tanggapan diaorg terhadap aku....

ceritanya begini.... bos aku mendapat cerita daripada orang lain berkenaan anak buahnya yang selalu mengutuk & memperlekehkan bos aku tu... disebabkan terlalu marah... dia cancel kan segala xtvt seperti family holiday, makan2 & sebagainya gara2 mulut seorang minah ni.... so.. yang lain2 pun tertanya2 kenapa bos buat tindakan yang drastik sedangkan meeting yg lepas baru jer bagitau agenda utk setahun ni.....bos tidak bagi tau saper yang cakap dekat dia... so masing2 ingin tahu saper yang bawa mulut ke bos aku tu...

dipendekkan citer... diorg kata aku yang bawa mulut tu... ada ke patut.... takkan la kawan nk makan lak... orang lain yang buat citer orang lain lak yang kena...masalahnya aku dah janji dengan bos utk tidak bagi tau saper yang menyampaikan perkara tersebut kepada bos.....
aku tau saper yang melaporkan kes tersebut kepada bos tapi klau aku bagitau kat diorang takut nnti jadi perang lagi besar... dan klau boleh biar diorg tau dr mulut org lain bukannya aku... bukan prinsip aku utk melaga-lagakan org ni.... yg penting aku buat kerja aku tapi bila dituduh begini... x boleh jadi ni.... ishh.... susah betul la nk cakap aku dah janji dengan bos xleh cakap. tapi klau x cakap diorg kata aku yg mereport kat bos.... ish... susah.. susah...susah

Friday, January 29, 2010

1 kenyataan

hari ni kene pergi meeting dengan bos & banyak agenda yang dibincangkan bersama... tapi agenda yang terakhir amat mendebarkan kepada semua kengkawan.. iaitu re organize balik department kitaorg... dan yang paling menyedihkan ada diantara kitaorg yang terpaksa bertukar tpt kerja... disebabkan aku masih baru di cni so aku tak terlibat la... tapi bagi org lama of coz akan terasa.....

dipendekkan citer setelah nama diumumkan dapat dilihat seperti orang tersebut tidak boleh menerima kenyataan... yelahkan dah lama duk di tempat yang selesa @ comfort zone tetiba kene pindah lak... secara tak langsung terpaksa meninggalkan kawan2 baik dicini walaupun tpt baru tu berdekatan jer dgn tpt sekarang...

tapi bagi aku x salahkan kalau kita menerima sesuatu yang baru.... takkan kita nk keje benda yang sama jer.... x boring ker??? lagi 1 bos aku wat camtu utk kebaikan dia gak... bukan sajer2 nk transfer... actually bos nk promote dia itu sebab bos suh dia transfer....

apa2pun kita kene terima kenyataan... setiap yang berlaku ada hikmahnya.....

berita terkini yang aku terima dari bos aku.....dia telah menghantar sms dengan panjang berjela merasakan ketidakpuasan hati & apa yang bos cakap xder 1 pun yang dipandang +ve... semuanya -ve.... ish susah betul la org yg mcm ni... apa yang bos buat semuanya di pandang -ve.. pasal kenaikan gaji pun camtu gak.... bagi dia apa yang bos buat tu sebenarnya nk suruh dia berenti keje.. padahal xder sekelumit pun niat bos cam tu... klau betul bos benci dgn dia xkan setiap tahun ada kenaikan... bonus pun dapat... bagi aku kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada....eee... mcm mana nk bagi faham kat dia ni.... kawan2 ada idea tak... tlg saya leh x......

Wednesday, January 13, 2010

tengok movie AVATAR


Hari Sabtu yang lepas aku & hubby g layan movie kat TGV Sunway Piramid. kitaorg tgk citer AVATAR . mmg best citer tu... walaupun mahal sebab nk tgk 3D, so sorg RM18 tapi puas hati dgn jalan citernya... sangat menarik... ceritanya agak panjang hampir 2 jam 50 minit.... antara part yang menyentuh hati aku ketika Grace mati... dan perkampungan mereka diserang oleh tentera yang tidak berhati perut. nk tahu citernyer klik disini.


Saturday, January 2, 2010

selamat tahun baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua... Semoga apa yang dihajati tercapai.... pejam celik pejam celik... dah bertambah 1 angka lagi dalam kehidupan kita... umur dah semakin meningkat... azam aku utk thn ni kalau diIzinkan OlehNya nk menambah ahli keluarga.. InsyaAllah... disamping tu memperbaiki apa yang kurang pada diri ini.....Amin


Related Posts with Thumbnails