ads nuffnang

Tuesday, November 24, 2009

microwave oven

hari ni aku nk citer pasal microwave oven. aku pasti boleh dikatakan setiap rumah yang berkeluarga mempunyai microwave oven ni. bukan setakat di rumah malahan juga di restoran -restoran, fast food, hotel dan sebagainya rata- rata mempunyai microwave oven untuk memudahkan menyediakan hidangan.


tapi tahukah anda semua bahawa microwave ini walaupun mempunyai kebaikan iaitu boleh memasak dengan cepat tapi sebenarnya ada keburukan kepada kita semua tanpa kita sedari.


dari segi masa ianya amat menjimatkan kita apatah lagi kalau di bulan puasa. microwave lah menjadi penyelamat kita sebab hanya 2 minit sahaja lauk yang kita panaskan sudah sedia untuk dihidangkan. tetapi sebenarnya cara memasak menggunakan microwave adalah bertentangan dengan cara kita memasak menggunakan dapur gas. sebagai contoh kalau kita memasak menggunakan dapur ianya akan panas di bahagian luar dahulu dan kemudiannya bahagian dalam tetapi sebaliknya yang berlaku dengan microwave dimana cara memasak adalah di bahagian dalam dahulu baru di bahagian luar. contoh yang mudah cuba kita letak sebiji kentang ke dalam microwave dan masak selama 2 jam. Apa yang akan anda dapati pada kentang tersebut? kentang tersebut kelihatan cantik di bahagian luar tetapi di dalamnya hangus berwarna kehitaman. ini bermaksud bahwa terdapat tindakan di dalam kentang tersebut dan ianya telah mengubah tekstur serta kandungan yang terdapat di dalam kentang tersebut. Oleh yang demikian pemakanan daripada microwave sebenarnya lebih kepada keburukan daripada kebaikan di mana dari segi kandungan vitamin dan mineral juga berkurangan.


untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lawati lawan web ini bahaya microwave untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan microwave.


dan ini merupakan kesan yang akan kita hadapi sekiranya mengambil makanan secara berterusan dengan microwave.



1.makan secara berterusan drpd microwave oven merosakkan otak (jangkamasa lama)

2.metabolisme badan tidak boleh mengenalpasti produk.

3.Penghasilan hormon lelaki & wanita berhenti.

4.mineral, vitamin & nutrien berkurangan

5.mineral dlm sayuran bertukar kpd kanser radikal bebas apbl masak dgn microwave.

6.pertumbuhan kanser usus (tumor), kanser kulit.

7.Hilang ingatan, tumpuan, ketidakstabilan emosi & penurunan kadar pintar.


kesan ini aku ambil dari laman web tersebut.


so... fikir-fikirkan lah akan kesihatan anda semua.

dan sayangi keluarga anda.

No comments:

Related Posts with Thumbnails