ads nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

info utk sakit belakang

ok ni info yang aku dapat pasal sakit belakang... untuk di kongsi bersama... untuk maklumat lanjut sila klik disini


Jagalah Tulang Belakang Anda
Sakit belakang semasa hamil adalah fenomena biasa, tapi anda boleh mencegahnya.
Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil. Antaranya, ramai wanita yang mengadu sakit belakang atau pinggang, tetapi anda tidak perlu mengalaminya. Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil
Perubahan postur badan
Perubahan pada taburan berat badan
Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
Keletihan otot-otot.




Senaman membantu!
Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih dan berklorin.
Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.
Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina kekuatan dan tona otot






No comments:

Related Posts with Thumbnails