
Sempena bulan puasa dan dah nak raya ni kan aku nk share resepi kek kukus coklat yang menjadi kegemaran jiran- jiran kat umah mak mertua aku dan juga kakak kakak aku di pekan. Setiap tahun aku akan buat sebiji untuk mertua aku & sebiji utk umah kakak aku... Resepinya amat simple dan mudah... so jom buat untuk raya kali ni... rasanya memang sedap... sekali cuba pasti nk lagi.....
bahan-bahannya.
250 gm mentega
180 gm tepung kek
240 gm gula kastor
240 gm gula perang
100 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
200 ml susu segar
CARA MEMASAKNYA:
1. Pukul mentega bersama gula kastor & gula perang sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan teruskan pukul hingga sebati.
3. masukkan susu segar, tepung kek, serbuk koko dan juga esen vanilla. Kacau sebati.
4. tuangkan kedalam Loyang bulat dan kukus selama 1 ½ jam.
5. sejukkan dan sedia untuk dihidang..
sangat mudahkan untuk membuatnya.... dan selamat mencuba kepada yang ingin mencuba...
No comments:
Post a Comment