ads nuffnang

Friday, October 24, 2008

azfar kena chicken pox

aku nak sambung citer yang lepas... sebelum aku buat majlis open house & birthday azfar hari tu.... begini citernya.... seminggu sebelum birthday azfar iaitu hari sabtu.. aku g open house kat umah member hubby aku... masa tu azfar ok jer bole main dengan kawan2 dia kat sana.. keesokkan harinya ada lagi satu open house kawan hubby aku kat klang... waktu tengah hari tu dah start panas badannya.. dia pun dah merengek2 serba tak kena... after that kitaorg decide nk bawa g klinik.. dr pun masukkan ubta buntut coz demam dh tinggi... 39 0C. pastu balik umah aku tgk ada bintik2 kat muka dan leher dia.. tanya hubby aku... dia kata cam campak je.... esoknya kitaorg g klinik skali lagi utk confirm... memang sah la azfar kena chicken pox...aku terpaksa ambil cuti 2 hari coz kebetulan pengasuh azfar pun tak sihat.... kesian aku tengok dia....bukan setakat demam campak jer... batuk dan selesema pun ada... sampai 1 hari tu dia nangis tak kluar suara... sumernya serba tak kena.... minum susu pun kurang apatah lagi makan...asyik minum air masak jer....ibu mana yang tak risau....sampai kurus kering jadinya....

aku bekerja semula pada hari rabu.... azfar masih lagi demam dan campaknya semakin banyak sebab aku bagi minum air kelapa... keluarga mertua aku pesan suruh bagi air kelapa supaya cepat keluar....
sumer tempat ada campak tapi yang paling banyak kat badan dan muka... kat tempat sulit pun ada... besar lak tu...tu yang aku kesian tu....
pada hari khamis aku g keje cam biasa.... after lunch pengasuh azfar call aku bagi tau demam dia tak turun gak walau dh bagi ubat... aku pun apalagi terus balik dan call hubby aku nk bawa azfar g klinik...
sampai kat klinik... azfar nampak tak bermaya... aku makin risau... rasa cam lambat jer masa tu berjalan.... tiba giliran aku untuk jumpa dr... aku cepat2 g masuk bilik.... dr check suhu badan azfar 40 0 C... memang tinggi... dia menyarankan aku pergi emergency dpmt... coz katanya azfar kekurangan air dlm badan.....so lepas dapat suarat dari dr... aku dan hubby aku bergegas ke emergency dpmt kat hospital sg buloh....

setelah di check oleh jururawat kat ctu.. azfar diberi ubat buntut sekali lagi..pastu... dia menyuruh aku mandikan azfar dengan air sejuk... apalagi.. menjerit la azfar waktu tu.....
mummy... sejuk.... mummy... sejuk... nak pakai pampers.... itulah perkataan yang diulang2...selepas itu aku menunggu untuk rawatan dari dr lak.... aku pujuk azfar dan bagi dia susu... nasib baik dia nak.... selepas aku jumpa dr... dr menyuruh nurse bawa aku ke wad sementara.... azfar kena masuk 1 botol air....nasib baik lepas tu suhu badannya turun...

yang kelakarnya... dia tak nak tdo kat atas katil, nak tido kat stroller dia... aduh... sabar jela... pastu suruh aku buka tempat nurse cucuk jarum.....

lebih kurang 3 jam azfar dibenarkan balik... Alhamdulillah....
itulah citernya.... aku hampr2 tak nak buat open house hari tu memandangkan azfar tak berapa chat.... masa birthday party tu pun dia asyik meragam jer... nasib baik hubby aku ada...

No comments:

Related Posts with Thumbnails