ads nuffnang

Thursday, March 25, 2010

Awas Penggemar KOPITIAM

Cerita ni aku ambil dari email yang aku terima pada hari ni... amat terkejut bila baca tajuknya....

HIDANGAN KAKI KATAK DALAM MI DI SEBUAH KOPITIAM TERKENAL

Subhanallah.... korang ada baca berita utusan hari sabtu yang lepas tak??? klau x sempat baca..... ni ha aku copy semula....


Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.
Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
"Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
"Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
"Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan," katanya di sini hari ini.
Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.
Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
"Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ni aku pernah juga makan di kedai kopitiam tapi selepas aku dapat email berkenaan status halal kopitiam tersebut terus rasa tak selamat untuk pergi ke sana...

Ditambah pula dengan berita ini... mmg sah "diorang" ada menyediakan makanan yang tak halal dalam premisnya....

dan yang lebih menyedihkan kebanyakan restoran kopitiam ini di langgani oleh orang melayu kita yang beragama Islam.... Diharap ada pihak yang mengambil tindakan yang serius berhubung perkara ini... dan kepada kengkawan yang suka makan di kopitiam ni... cubalah elakkan....
masih banyak lagi restoran melayu yang boleh kita pergi...

renung- renungkanlah.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails