ads nuffnang

Tuesday, July 14, 2009

CARA POTONG KUKU

setiap orang ada kuku. tapi tau tak sebenarnya ada cara untuk memotong kuku nih????? ok mari kita lihat sama ada cara kita potong kuku sebelum ni adalah betul atau tidak..
info yang bagus untuk aku dan korang jugak... info ni aku dapat melalui email.. so.. aku rasa ada baiknya aku share info ni dengan korang sumerkan.. yang mana tak tau boleh try dan amalkan...

cara memotong kuku mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

· Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit.

· Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

· Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

· Hari Selasa :

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

· Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

· Hari Khamis :

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

· Hari Jumaat :

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Oleh yang demikian kalu nk kerat kuku, kerat pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL





No comments:

Related Posts with Thumbnails